Tuesday, December 21, 2010

Jus Buah Keramat - Cari La Idea Lain Woi!

Custom Search
Assalamu'alaikum... guys. Hey, I'm back... for now. My father is quite old, and he has "semput" from time to the time. He has his own neb machine at home, but sometimes it gets really bad, so he needs to be hospitalised. Sometimes he needs IV aminophylline or something like that. Tu la, dia tak pernah makan makanan kesihatan dan pil vitamin tu semua... tu sebab jadi camtu agaknya. Udah la kerja berat guna tulang empat kerat sepanjang hidup mudanya, dan makan ikan sungai dan sayur pucuk ubi dan pakis kutip kat belakang rumah aje... He's almost 80 years old, by the way.

Aku dapat banyak request untuk buat sesuatu presentation tentang sesuatu MLM atau skim piramid, bukan sahaja selepas adanya blog ni, tapi dah dekat setahun dah ni... you know, sejak jadi ayam tambatan antiMLM (ayam takpe, jangan jadi ayam berlemak kaki empat idung pesek sudah). Benda alah ni memang banyak jenis, dan memang senantiasa mencari prospek orang-orang Melayu yang tamak wang-ringgit sampai tak hengat dunia, dan khasnya yang dungu-dungu tak faham matematik dan statistik tu sume. Jadi yang mana satu aku nak present dulu? How do I choose meh? Depends on the info I get from research, or depends on some obscure and unexplained coincidences. That coincidental thingy I cannot explain, Allah guide me inexplicably. And also, it depends which one irritate me the most. Banyak kali sesuatu topik tu keluar sebab orang yang buat MLM atau skim piramid tu uja aku dengan bermacam-macam cara dan perkataan - macam sungguh-sungguh mau cari nahas gitu. Jadi, untuk mereka yang masih menunggu entry berkenaan biz masing-masing yang masih belum keluar kat blog neh, aku dengan ini mengundang korang (dengan hati yang terbuka dan redha) untuk irritate aku dengan lebih jitu dan lebih berwibawa tentang skim piramid atau MLM masing-masing. Nanti entry tentang MLM atau skim piramid ko sure akan keluar punya. Kalau kena gaya dan ko pulak dapat hidayah daripada entry blog aku.. apa salahnya beb?
 
OK, let's go back to basic. Katalah aku ni seorang idiot, SPM kantoi... dan korang semua pun sama idiot. Uik! Jangan marah, ini hypothetical aje. Macamana aku nak terangkan korang tentang "modus operandi" atau muslihat sebenar MLM dan skim piramid tu semua supaya aku dan korang semua faham? How meh?

Sekarang ada satu produk X, yang aku nak jual kat konsumer. Aku ni kedekut ya amat, dan tak nak keluar modal banyak untuk logistik (sewa lori) dan advertisement (iklan) - jadi aku gunakan kaedah multi-level marketing. Dari situ korang boleh tangkap apa yang best pasal kaedah bzns sebegini. Jimat duit modal, tapi keuntungan lumayan.

Contohnya la syarikat Panasonic nak jual Plasma HDTV kat korang. Dia orang kena buat TV tu daripada zero, pasang wayar berselirat dengan 1237 kapasitor dan sambungkan kat unit plasma screen tu, dan seterusnya dah siap, kena angkut dengan lori dari kilang kat seksyen 20 Shah Alam ke kedai Apek di mana sahaja di Malaysia. Lepas tu dia kena bayar iklan kat TV1 dan TV3, dia kena bayar kat surat-khabar, dia kena pasang billboard besar-besar di merata ceruk Malaysia, untuk pengiklanan besar-besaran, mahu ratus juta hengget punya belanja tu beb. Lepas tu baru Makcik Tipah kat Ceruk Tok Kun dapat berita tentang Plasma TV Viera 42 inci yang canggih dan screen nye cukup besar bagi dia, untuk tengok Liverpool kena belasah tak sudah-sudah kat Premier League musim ni... makciknya peminat Blackpool, tapi malangnya dah rabun sket, dan dia mahukan screen yang besar dan colourful, dan ada HD maah! Dia ada subscribe dengan B.yond. Jadi bayangkan modal untuk syarikat Panasonic tu, untuk kasi Makcik Tipah merasa Plasma TV yang kedua kat kampungnya selepas Mak Bedah, si peminat CSI Miami (dia horny dengan David Caruso yang tak keruan tu), nun di Ceruk Tok Kun sana. Itu sebab Plasma TV tu mahe bebenor yeop. Tapi, Panasonic deliver good product what? Boleh nampak jerawat Christiano Ronaldo sebijik-sebijik kat depan mata.

OK... kalau aku ada produk X, aku mahu pasarkan macam Plasma TV kat atas, tapi aku takde duit macam anak-cucu-cicit Konosuke Matsushita dan aku memang kemut nak mampos, dan aku memang putar-alam dan tak kesah langsung mempergunakan manusia lain untuk jadi kaya-raya... jadi aku nak wat camane neh? Buat style MLM la beb.

Jadi, aku pasarkan produk X dengan modal seciput, tapi aku janjikan reseller/distributor dengan profit-sharing yang lumayan gitu. Jadi, aku tak payah keluar modal duit lori, kuli-batak reseller tu semua akan isi minyak petrol kereta dia sendiri untuk promote produk X ke merata area pekan Baling, Kedah. Direct-selling meh. Dia akan belanja sendiri untuk melantak lunch, dan reseller tu sendiri jugak keluar duit untuk belanja pelanggan atau prospek reseller kat kedai mamak al-Khulafa. "Hangpa mau beli produk X, dengan teknologi space-age dan boleh rawat 31 penyakit? Meh la join dan jadi reseller macam aku, sekaligus makan jugak benda ntah apa-apa neh". Tapi, macamana nak kasi ramai orang join bzns produk X ni? Janjikan komisen yang hebat sampai 10 level (macam contoh 4Life Transfer Factor gitu... riba' ka apa ka, lantak pi la). Jadi masing-masing reseller berlumba-lumba cari downline masing-masing sampai abis semua orang Pekan Baling join bzns juai produk X aku. Sampai cucu makcik Tipah umur 9 tahun pun jadi downline barua mana ntah. Dan aku masih tak keluar satu sen untuk logistik dan iklan (sebab, seperti contoh agen 4Life macam si Fendy yang jual produk TF sampai tak nampak lampu merah jalanraya, Fendy tu sendiri dah jadi papan iklan dan lori angkut, all-rolled-into one - FOC maaa!). Dan sesungguhnya produk X aku laris beb - aku untung gila bab, sampai boleh beli Plasma TV Viera 65 inci, model TC-P65V10 3D Plasma Full HDTV, dengan harga RM13,000 ke berapa ntah, letak kat toilet aku. You know, kalau kena tengah melabur dan Liverpool pulak tengah kena belasah... satu minit pun aku tak kan miss.  Yahoo!

You all get my drift? OK, kita buat contoh yang real - produk jus buah-buahan magik eXfuze yang di promote oleh budak yang baru start menses kat atas tu... sapa namanya tadi? OK, hani85. Minahnya cakap aku dah masuk air dan tak faham prinsip MLM macam dia yang dah ada PhD taik kucing pasal ilmu MLM neh. Ada isu MLM yang tak clear lagi daripada "penerangan idiot" aku kat atas. Meh kasi aku, mamat yang mereng dan mengarut, kupas pasal eXfuze sampai ke akar-umbi.
 
 

OK, sekarang aku nak jual jus buah merapu ni kat pelanggan, dengan modal yang sedikit tapi nanti dapat keuntungan yang lumayan. Macam kat atas tu jugak, aku buat cara MLM. Tapi untuk kasi komisen sampai 7 level ke bawah, mesti kena harga mahal gila-gila, sebab aku nak untung, tapi reseller dengan downline atas downline atas downline semua nak untung sama-sama besar-besaran, baru longkah semua orang yang join. Betul bro? Jadi, untuk jual harga mahal, sedangkan sebotol eXfuze tu walaupun mungkin modal RM17.28 aje (mungkin), kena la jual dengan harga RM192.50 kat pelanggan-pelangan yang dungu yang ada berlambak kat Malaysia ni. Tapi camane nak buat tu dik? Itu la sebabnya ada promosi hebat 7 superfoods dalam eXfuze - "The Power of Seven" bagai. Ambik mic cepat, jerit sekuat hati, eXfuze ada blended buah Gac, Acai, Goji, Noni, Fucoidan, Manggis, Seabucktorn... atau boleh gak - rambai, betik, nenas Sarawak, dokong, nangka, cempedak dan strawberry Cameron (buah apa pun boleh, apa kesah beb?). Janji ko bertempik sekuat hati bahawa produk exFuze boleh kasi sembuh stroke, boleh kasi barang Pak Mat mencadak naik semula selepas sekian lama murung... dan macam-macam testimonial yang dikarang sesuka hati, you know macam yang aku bincangkan kat entry "Testimoni=Kelentong". Dan korang semua jugak boleh baca sendiri hani85 promote produk daripada Musytari ni, di forum carigold. Minahnya walaupun baru belajar pakai pad, dia memang mahir pasal "skim piramid berproduk" ni, hebat ya amat, tahap gaban. Bunyi promosinya mengalahkan pakar perubatan dan pakar dietetik beb.

Kata hani85 di forum carigold: "u are rite odie. eXfuze sgt bagus untuk sesiapa yang menghidapi penyakit2 kronik yang kebiasaannya masih tidak sembuh walaupun sudah menjalani rawatan di hospital. ada beberapa live testimoni yang boleh disaksikan sendiri oleh tuan2 semua dalam business presentation kami setiap isnin, selasa dan ahad. terdapat beberapa kes seperti kanser, strok, darah tinggi dan seumpamanya telah berjaya dirawat apabila pesakit menggunakan eXfuze. semua testimoni ini ialah dari keluarga teman2 kami sendiri yang terkejut dgn apa yang telah berjaya dilakukan eXfuze untuk membantu org2 yg mereka syg. dan teman2 kami ini akhirnya berdedikasi untuk berkongsi produk yang hebat ini untuk sesiapa di luar sana, kerana kami tahu tidak semua mampu menanggung kos perubatan yang sgt tinggi.
tidak gembirakah tuan2 kalau tuan2 mampu menolong kawan2/keluarga sendiri dan dalam masa yang sama menjana pendapatan yang lumayan?
killing two birds with one stone. it sounds really appealing, yeah?"

Yeah, yeah, yeah... really appealing, sampai rasa nak muntah dan terasa nak terjun gaung sekaligus, baca ko punya statement yang amatur dan kelentong 1st class... tuan/puan, cepat beli mende alah ni, aku ni ha tolong promote sekali kat sini. Boleh kasi sembuh kanser, stroke, darah tinggi dan seumpamanya... woohoohoo! Wadefakingcrappypsycho! Gila babat bersepai macam ECPbersepai jugak ni. Tapi yang mala'un ni takde Phd atau MD - hafal skrip eXfuze bulat-bulat trangtangtang!

Korang boleh tengok carta plan pemasaran eXfuze kat bawah ni. Keuntungan reseller aje dah 40% untuk setiap botol. Lepas tu taja sorang downline, dengan paksaan (kalau tak berambus ko!) belian starter pak 1 (dapat 4 botol jus keramat) dengan harga RM700, dapat komisen RM56 satu kepala. Lepas tu kalau downline tu jual satu starter pak kat downline dia pulak, ko pun dapat lagi RM28, lepas tu ada komisen binary 10% bang, kak.... dan lagi dan lagi... sampai 7 cara komisen meh. Gila-gila punya kaya dengan sumber komisen kiri-kanan-atas-bawah. Tak silap aku (aku malas nak kira sebijik-sebijik), sampai 60% daripada harga sebotol jus ni, hanya untuk bayar komisen lepas satu level ke satu level. Itu belum lagik keuntungan syarikat induk eXfuze yang hantar Pedro Gonzalez pegi petik buah Acai Berry kat hutan Amazon tu, belum kira kuli eXfuze si Sepol yang panjat pokok manggis kat Segamat, dan pastu bawak berkontena ke US.... dan 5 buah lain tu semua daripada serata dunia. Korang follow aku tak neh?

Sekarang, berapa harga sebotol eXfuze sebenarnya, kalau dia orang letak jus keramat ni kat Tesco? Bila mana produknya takde nak bayar 60% pada hieraki MLM dia orang ni, dan takde nak bayar kat Rick Cotton (CEO) untuk dia beli yacht dengan harga 21 juta USD, takde nak bayar royalti sponsor kat Seth Joyner, Terry Borcheller, Nat Moore, John Fox, Fred Funk... dll (nak sponsor athlete mahal woi!)? Biar betik korang yang promote mende ni? Senang sungguh ke nak kena kelentong oleh alkafirun omputeh ni semua? Ingat eXfuze tadi ambik 5% untung aje ke? Campur 60%, jadi 65% untung... kira fair la gitu? Safe bet, omputeh tu mesti ambik ambik untung lagi 30%, maybe? Yacht tu mahal dik, dan nak sponsor olahragawan terkenal pun mahal wei! Jadi harga sebenar sebotol jus cikai tu hanyalah RM19.25? Woi hani95... matematik SPM dapat berapa? G?
 
 
 
 

2 comments:

  1. good job guys!!!

    from indonesia,,

    ReplyDelete
  2. Youtube 2.9 APK Download - Videoslut
    youtube2.9 APK is an amazing sports youtube2.9 APK free download for android, iPhone how to convert youtube to mp3 and iPad. Get instant access to movies and TV shows in 720p,

    ReplyDelete