Tuesday, January 4, 2011

Amway - Penyangak MLM Numero Uno.

Custom Search
Aku kengkadang hairan dengan "the powers that be" yang kita jadikan penaung kepada kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Ada kala macam tak masuk akal aje perlakuan ahli-ahli club-member "from top to bottom". Tapi, aku rasa maleh nak kupas panjang-panjang - kang katanya aku nak menghasut la pulak. Itu pun satu hal - kena kritik aje, ada saja yang nak mencadangkan ISA digunakan, dan dihumbannya pulak sapa-sapa yang tak disukai masuk zoo Taiping... Uik! Did I say zoo Taiping? Wadefook? Penjara Taiping!

Maklumat yang berkaitan tentang sesuatu isu global itu ada boleh didapati jika seseorang yang prihatin cuba buat kajian tentang sesuatu topik. Kita ni dah di abad ke-21 dah ni. Information at the tip of your hand. Sume-sume ada berokben. Tapi takde ke mereka-mereka yang berkenaan buat kerja yang bersangkutan kat jabatan-jabatan tertentu tu, atau takde action yang sepatutnya ke yang dilakukan oleh mana-mana pegawai tertinggi, baik di jabatan kerajaan, atau separa-kerajaan? Oh ya... aku lupa. Negara Malaysia adalah negara sekular - benda haram ke, apa ke, apa kesah? Janji free-market berjalan lancar. Jangan aku Aidid Mu'addib dan korang yang full-blooded muslimin ikut jugak buat semua benda haram tu sudah. Hanya sebab ramai orang buat, kita pun nak buat macam dia orang jugak ke beb? Hopefully not... what else can I hope for?


Sapa yang tak kenal Amway? Ianya adalah satu syarikat yang terkenal dan telah bertapak lama di Malaysia. Ia juga satu syarikat yang terawal dalam industri MLM, you know, benda yang aku alergik tuh - "multi-level marketing". Di bawah adalah terjemahan satu artikel bertarikh 11 Nov 2010, yang aku baca di pyramidschemealert.org.

Amway adalah syarikat terbesar, tertua dan yang paling terkenal dan dikenali ramai sebagai syarikat contoh dalam industri MLM. Ianya juga adalah ahli terulung dalam "Direct Selling Association" di Amerika.

Simbol "direct-selling" ini baru sahaja mengumumkan bahawa ia bersetuju untuk membayar ganti-rugi dan melakukan pembaharuan kepada pengguna di Amerika dengan kos lebih daripada USD150 juta (RM460 juta). Bayaran ini adalah respon kepada tuduhan pengguna terhadap Amway/Quixtar yang mengatakan ianya melakukan operasi skim piramid. Bayaran (settlement) ini adalah yang terbesar dalam sejarah MLM di seluruh dunia.

3 Pengarah dan ahli badan penasihat "Pyramid Scheme Alert" menjalankan tugas sebagai pakar dan penasihat di dalam "class action lawsuit" terhadap Amway. Saman ini difailkan oleh firma guaman Boies, Schiller & Flexner.

Jumlah "settlement" tersebut memeranjatkan ramai pemerhati ekonomi dan berita ini sedang tersebar luas. Ianya dilaporkan di muka hadapan akhbar USAToday (15 Nov 2010). USD55 juta daripada keseluruhan denda adalah dalam bentuk tunai dan produk sebagai ganti-rugi kepada mangsa penipuan, serta bayaran guaman. Selain daripada itu, settlement itu juga melibatkan penurunan harga jualan produk yang tinggi untuk menjadikan jualan runcit dapat dilakukan, dan perubahan besar di dalam "cara perniagaan" (business tools) yang akan menjadikan Amway lebih bertanggung-jawab terhadap perlakuannya. Skim ini dilakukan oleh ramai pengrekrut tersohor syarikat Amway dan telah dibiarkan berleluasa tanpa pengawalan yang ketat oleh syarikat tersebut, di mana operasi haram ini sememangnya sangat menguntungkan kepada Amway. 

Bayaran denda yang besar ini juga memberikan tanda-tanya tentang kesahihan "Code of Ethics" yang (dikatakan) menjadi amalan "U. S. Direct Selling Association" dan kepatuhan undang-undang pada syarikat-syarikat multi-level marketing yang lain dalam isu sistem perniagaan MLM yang "viable", berdasarkan model syarikat Amway.

Di antara tuduhan yang dilemparkan di dalam "class action suit" terhadap Amway sehingga ianya bersetuju membayar RM460 juta (saman ini secara teknikalnya adalah untuk Quixtar, satu syarikat/jenama yang kini tidak beroperasi lagi, yang digunakan oleh pihak Amway untuk operasi di kawasan Amerika Utara):
1. Amway adalah skim piramid.
2. Ahli tertinggi Amway yang menjual produk "motivasi dan latihan" yang mencari ahli juga adalah skim piramid yang haram.
3. Amway melanggar akta jenayah "racketeering" kebangsaan Amerika.
4. Amway melanggar akta "endless chain" di California.
5. Amway menyembunyikan "criminal behaviour" (perlakuan jenayah) dengan pengakuan bahawa ianya mematuhi hukuman kerajaan pusat yang dijatuhkan 25 tahun sebelum itu. Faktanya, Amway tidak mematuhi garis panduan hukuman tersebut.
6. Amway memaksa jurujualnya untuk membeli beribu dollar produk-produk dengan harga yang diletakkan sangat tinggi, serta "success tools" yang tidak berguna dan kemudiannya mengarahkan pencarian ahli dengan arahan yang sama (endless chain scheme), sehingga menyebabkan hampir semua ahli-ahli tersebut pasti mengalami kerugian akhirnya.
7. Amway secara sedar menipu pelanggan untuk menyertai skim piramid di mana mereka akan pasti mengalami kerugian.
8. Amway meletakkan syarat penyertaan di mana ianya menghalang ahli daripada menyaman syarikat, yang mana ianya adalah tidak adil dan tidak boleh diterima-pakai.
9. Amway melakukan "wire and mail fraud".

Faktor 99%:
Aspek dasar dalam saman tersebut menuduh bahawa Amway menipu pelanggan dengan menjanjikan kemungkinan hasil pendapatan yang tidak benar di dalam peluang pekerjaan yang dijanjikan. Analisa badan "Pyramid Scheme Alert" terhadap pembayaran pendapatan Amway kepada jurujual menyatakan bahawa 99% yang mendaftar menjadi ahli tidak pernah mendapat keuntungan. Apabila kos sebenar dimasukkan, termasuk "tools" perniagaan, anggaran sesetengah pihak, kadar kerugian mencecah 99.9%. Kerugian 99% ini berkorelasi dengan data yang dikumpulkan seawal tahun 1980-an, bila negeri Wisconsin menyaman Amway. Ianya juga sama dengan data yang dikumpulkan oleh badan kerajaan England yang menyaman Amway beberapa tahun sebelum ini.

Di bawah terma settlement, Amway akan menyatakan semula pendapatan sebenar untuk mengubah angka yang diberi kepada pelanggan sebagai "gross income" dan bukan pendapatan bersih dan menyatakan kos sebenar kepada pelanggan bila mana mereka menyertai skim tersebut. (Perlu diperhatikan bahawa "pendapatan purata" yang diiklankan oleh Amway adalah juga pendapatan "mean" dan bukan "median", jadi ianya melibatkan percampuran pendapatan tertinggi di puncak piramid, sekaligus menyebabkan angka pendapatan tersebut kelihatan lebih tinggi. Purata yang sengaja dipesongkan ke atas ini mengelirukan pelanggan dalam pemikiran mereka kerana ianya menyatakan bahawa purata ahli akan mendapat keuntungan, dan memalsukan fakta bahawa realitinya majoriti besar ahli tidak meraih komisen langsung, atau tidak mendapat apa-apa keuntungan bersih).

Penipuan kepada pihak berkuasa:
Amway menyembunyikan atau memalsukan potensi kerugian besar ahli, daripada ahli yang menyertai, yang berjumlah berbillion dollar dalam masa bertahun-tahun, dengan melakukan penyelewengan dan rationalisasi. Tetapi, senjata yang paling efektif adalah kebolehan Amway di dalam mempengaruhi ahli politik, yang seterusnya mengalihkan perhatian pihak berkuasa daripada bertindak.

Tiadanya kes saman daripada kerajaan pusat, dengan "PR-spin" yang canggih dan data pendapatan yang mengelirukan, memberikan skim MLM Amway suatu aura yang kelihatan ianya mematuhi undang-undang, di mana ianya meningkatkan lagi kebolehan Amway di dalam mengabui mata konsumer dan media massa. Walau bagaimana pun, perlahan-lahan fakta tentang bagaimana MLM berjaya "melarikan diri" daripada undang-undang dapat dibongkar. Jawapannya adalah sangat mudah. MLM membeli "influence" di Washington dan di sesetengah kerajaan negeri, dengan derma kempen dan "high pressure lobbying".

Amway tercatat sebagai no. 68 di antara 75 penyumbang terbesar kepada ahli politik di Washington, berdasarkan kenyataan majalah siasatan "Mother Jones". Ianya mengatasi syarikat makanan Archer Daniel Midlands, syarikat farmaseutikal Bristol Myers Squibb dan terletak dekat di belakang Wal-Mart, General Motors dan Koch Industries.

Mengaku salah?
Walaupun settlement itu menyatakan Amway tidak mengaku salah, fakta bahawa Amway bersetuju untuk membayar penyaman dan menanggung kos sehingga hampir RM460 juta dan memilih untuk tidak membawa kes tersebut kepada perbicaraan akan memberikan tanggapan kepada ramai orang bahawa ianya adalah bukti yang kukuh Amway memang sah bersalah. Bayaran sebesar ini tidaklah boleh dikira sebagai satu pilihan yang lebih murah daripada menghadapi pertuduhan di mahkamah. Sebenarnya, Amway telah menanggung kos guaman yang tinggi dan menangguhkan bayaran denda ini selama 3 tahun, dengan alasan bahawa saman tersemun adalah tidak benar dan pihak penyaman tiada hak undang-undang untuk membawa kes tersebut ke mahkamah. Apabila hak menyaman dipastikan dapat berlaku, Amway terus mengalah.

Soalan yang timbul daripada saman dan denda:
1. Adakah DoJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat) akan menyiasat tuduhan bahawa Amway melakukan jenayah perniagaan?
2. Adakah FTC (Federal Trade Commision), akhirnya, akan menyiasat pertuduhan konsumer bahawa Amway mengamalkan skim piramid, serta melanggar "Amway Ruling of 1979".
3. Adakah Attorney General negeri California akan mula menyiasat pertuduhan bahawa Amway melanggar undang-undang anti-skim piramid California.

Bayaran denda yang besar kepada mangsa adalah rentetan daripada pertuduhan lain yang dilemparkan kepada Amway sebelum itu. Pihak berkuasa England telah meminta untuk menutup syarikat Amway beberapa tahun dahulu, atas alasan penipuan konsumer di negara tersebut. Tuduhan jenayah juga telah dibangkitkan kepada Amway oleh sebuah negeri di India. Dan Amway juga sedang dalam proses disaman di Kanada atas alasan penipuan dan penyelewengan oleh konsumer di negara tersebut.

Ianya adalah persoalan terbuka sama ada berapa banyak negara-negara lain akan mengambil langkah yang sama, serta berapa banyak saman konsumer diperlukan dan terdapat bukti sah penyelewengan diketengahkan, barulah FTC dan Jabatan Kehakiman Amerika akan benar-benar mengambil tindakan.

Di dalam satu buku yang baru diterbitkan, "No One Would Listen", oleh seorang "whistleblower" Harry Markopolos, beliau secara dramatik telah menggambarkan bagaimana pihak berkuasa SEC (Securities and Exchange Commision) tidak mengendahkan amaran yang diberikannya dan membenarkan skim Bernie Madoff berleluasa kepada saiz yang sangat besar. Kegagalan pihak SEC untuk bertindak menyebabkan ribuan pelabur mengalami kerugian, di mana beliau telah menghantar amaran bertulis secara terperinci kepada SEC, sebanyak 5 kali dalam masa 8 tahun beliau menyiasat penyelewengan tersebut. Tambahannya, media massa seperti Wall Street Journal dan majalah Forbes juga gagal untuk bertindak setelah bukti yang dikemukakannya dihantar kepada mereka. Madoff dianggap "terlalu besar" untuk dibongkar.

Di sebalik kemungkinan penyiasatan pihak berkuasa terhadap Amway, saman tersebut juga membawa satu persoalan yang lebih besar tentang syarikat-syarikat MLM yang lain:

Berapa banyak syarikat-syarikat MLM yang beroperasi sama seperti Amway, yang boleh membawa kepada bayaran denda yang sebesar ini? Soalan ini adalah sangat "relevant" kepada pihak berkuasa Amerika dan firma-firma guaman, kerana kepada syarikat-syarikat MLM yang lain, alasan yang mereka gunakan dalam mengatakan bahawa mereka mematuhi undang-undang adalah kerana mereka beroperasi dengan cara yang sama seperti syarikat Amway.



Komentar Aidid Mu'addib:

Ha... mamat-minah Amway kat Malaysia neh... puas hati korang? Korang tahu tak pasal ni? Tu kepala ketapi kat Amerika sana tu tak lama lagi akan muflis, sebab buat perangai lanun zaman-berzaman di Amerika (dan di merata dunia jugak sebenarnya). Sama aje kat Malaysia ni. Dari dulu lagi aku dah cakep... haish! Amway tu apa kurangnya dengan syarikat penyamun MLM yang berkeliaran kat Malaysia ni? "Skim piramid berproduk" through-and-through. Yang orang Islam suka sangat buat kerja cari rezeki mengikut style alkafirun... pehal? Degil btol!

Implikasinya di Malaysia pasti akan tiba, you wanna bet? Cuma, macam aku selalu nyatakan di sana-sini, pihak kerajaan Malaysia dengan jabatan yang diberikan mandat begitu-begini sentiasa memberikan kemusykilan yang mendalam pada aku ni ha. Nape kita kat Malaysia ni selalu tertinggal bas ekspres KKKL yang bertolak dari KL ke JB? Bas dah sampai ke R&R Pagoh, tapi kita baru sampai kat Puduraya. Melangut cari bas yang dah lesap. Tengok la nanti, bila agaknya perkara artikel ni akan timbul dalam pemerhatian dan tindakan kerajaan Malaysia. Yang problemnya pada aku - aku hanyalah insan kerdil (serius... tinggi aku 156 cm aje beb!) dan tak mampu nak ambil tindakan apa-apa berkenaan al-kisah makan duit haram laknat skim piramid yang jadi kegemaran orang-orang Melayu yang tamak harta-benda dan tak pergi sekolah agama rakyat masa kecik dulu. Aku hanya mampu jadi CSI Gil Grissom dan tulis blog yang tak ramai percaya pun. Orang Melayu yang berlambak buat MLM kat luar sana dengan manyak songehnya hari-hari memperlekehkan blog aku ni. Tu, aku kasi contoh kat atas tadi - mamat tu kan terer nak mampos cari rezeki halal dengan perniagaan MLM? MLM hukumnya harus meh! Orang kristian kat Amerika tu saja memandai-madai jatuh fatwa dengan harga RM460 juta.



Oh ya... aku belum abis present pasal Amway setakat ni. Ada satu perkara berbangkit pasal isu Amway ni, kat Malaysia. A very big problem. Sila lihat carta di bawah:
    

Apa nak jadi kita kat Malaysia neh? Lembaga Tabung Haji, Mara, KWSP, AmanahRaya adalah pemegang saham Amway Malaysia. Now, you tell me... ain't that pretty?



    
Firman Allah SWT:
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,supaya mereka kembali (insaf dan taubat)". 
- Surah Ar-Ruum:41
  
>>>>>>>>>>>    <<<<<<<<<<<



Credit : aididmuaddib

3 comments: