Tuesday, December 21, 2010

Aleacorp - Meh La Join Skim Piramid Kami Pulak

Custom Search


Assalamu'alaikum.

Dalam bulan Jun lepas, aku masih ingat satu pagi jumaat, aku dapat satu mesej kat FB. Ada mala'un yang agamanya ntah aku pun tak sure, ajak aku join Aleacorp. Gila baboon punya crazy - ada ke mamatnya hantar email kat Aidid Mu'addib ajak buat skim piramid? Cari 3 orang aje bang, dah boleh dapat modal balik... tulisnya. Rasa nak meletop aku pagi tu, kasi aku bad mood sampai lepas jumaat. Orang Melayu mengajak orang buat skim piramid sebelum pegi sembahyang jumaat... how screwed-up was that? Sapa ke nama mamatnya? Jap... Mohd Zainizam Mohd Sohib, I remember that name. Cuba search kat FB, masih buat kerja cilakak ni lagi mamatnya... dan ada jugak buat www.tunaisegera.com nampak gaya. Skim piramid, memang kegemaranku. Bila dah dapat duit sket-sket mengemis duit orang lain macam ni online, kasi la anak-bini makan, beli pampers, beli ikan tongkol, beli petrol, beli buku anak... bessshhh!

Amende Aleacorp ni? Katanya di website http://www.aleacorp.com/, AleaCorp.com adalah gabungan syarikat IT dan multimedia bertaraf global yang telah banyak memenangi anugerah antarabangsa dalam rekaan laman web, perisian dan lain-lain berkaitan ICT. Gabungan Wawasan Paradigma Sdn Bhd (821507-X) menerusi anak syarikatnya TM ADS Solutions dan PT Sukses Nusantara (Indonesia). Wawasan Paradigma Sdn Bhd yang berpengkalan di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan ialah syarikat berstatus Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (357-02119090). Kod-kod bidang yang didaftarkan ialah: 
210101 - Personal Computer and Related Peripheral and Services.
210102 - Small and Large Multi-User Systems and Services.
210103 - Workstations and Related Peripheral and Services.
210104 - Software Product and Services.
210105 - Other Computer Related Services.
210106 - Networking Products and Services.
220502 - Tenaga Pengajar.

Ini alamat ofis:
Wawasan Paradigma Sdn Bhd (821507-X)
27-1 Jalan Equine 9B, 
Equine Park, 43300 Seri Kembangan, 
Selangor Darul Ehsan.
Telefon/Fax: 03-7960 4517
Email: support@aleacorp.com

Pastu, dia orang ajak orang-ramai (korang semua la tu beb) join skim piramid Alecorp kerana dia orang ni prihatin dengan kemahuan masyarakat sejagat Melayu yang rata-rata cukup gemar buat skim piramid. Hobi orang Melayu meh. Nak invest beli rumah kedai macam orang Cina, mana ongkosnya pak? Nak buat kilang macam orang Cina jangan cite la, hanya mimpi di siang hari. Nak motong getah atau tanam sayur, bontot besar gajah. Nak belajar rajin-rajin kat U, IQ tak boleh bawak (sebab orang suruh belajar sebok nak merempit), walaupun tempat kat U di Malaysia ni dah siap ada quota Bumiputra... satu benda yang orang Cina cukup tension. Dan, sejajar dengan pelan perniagaan 6 tahun (2009-2015) Aleacorp untuk menembusi pasaran antarabangsa, mereka ingin berkongsi pengalaman dan keuntungan perniagaan ini bersama-sama anda! Woohoohoo! 

Kata Aleacorp, kini dengan hanya serendah RM30, anda dan juga perniagaan anda berpeluang untuk bersama-sama mereka menerjah ke peringkat antarabangsa! Saksikan juga bagaimana dengan hanya serendah RM30 anda berpeluang menjana pendapatan sehingga RM11,574 atau lebih dalam masa 4 minggu pertama penyertaan anda! Bloody 'ell! Dato' Seri Najib... please abolish quota orang Melayu masuk IPTA - Aleacorp dah ada jawapan untuk masalah ekonomi umat Melayu.

Itu sijil mau kasi tahu orang yang syarikat adalah berdaftar dengan 2 badan kerajaan, sekaligus mau tunjuk kat orang-ramai yang bzns ni legit. Korang nak tengok sijil perbadanan syarikat aku? Muaddib and Son Rubber Sdn. Bhd.? Aku jual getah sekerap besar-besaran pun, ada sijil kat atas ni... what was the point again?

OK... amende produk AleaCorp ni kalau ko sedekah RM30 atau RM150 ko tu? Dengan langganan keahlian Corporate Plan AleaCorp, anda akan diberikan senaskah eBook Panduan Menulis Rancangan Perniagaan (Siri Asas). Wadehelloanybodyhome? Itu aje? eBook pulak tu. Bukan paperback ke, hard-cover ke?

Promo nya: Gunakan panduan professional Ini untuk mendapatkan geran-geran dan pembiayaan yang terdapat di Malaysia yang bernilai melebihi RM50,000! Ahmad Zahirudin merupakan salah seorang usahawan bumiputera yang telah banyak menulis rancangan perniagaan bagi mendapatkan geran-geran dari Cradle Investment Programme, MDeC (MSC Malaysia) dan juga projek-projek lain lagi, di dalam dan di luar negara.. Format yang diusulkan oleh beliau di dalam Panduan Menulis Rancangan Perniagaan (Siri Asas) adalah senang difahami, dan juga sangat praktikal untuk diikuti, kata Aleacorp.

Lantak korang la dol. Jenis jual sistem perniagaan la ni, eBook tu saguhati aje. Janji dapat masing-masing Melayu tu cari downline, 1 cari 3 cari 9, cari 27, 81, 243, 729, 2187, 6561, 19683, 59049, 177147, 531441, 1594323, 4782969... Kabaladalabangboom! Sama macam Ads4Faks satu sen tarak guna - cuma takde kad nano-technology magik aje. Siap janjikan yang bukan-bukan kat promosi benda ni. Memang ditujukan khas untuk mereka yang, 1. tak lulus subjek matematik masa SPM, 2. yang lulus matematik, tapi tak kesah makan duit haram laknat. Selain daripada cari 3 downline, ada pulak dapat duit daripada lain-lain bonus seperti kat bawah ni. Banyak bonusnya ni, tapi tak kesah, duit yang masuk pun duit free. Jual eBook yang tiada nilai, apa nak dikenang?

RM11,574.00... Waaaaah! Gila basekspres punya longkah tu bang. Semua yang join dapat 11K ke? Deme ni bior bebenor weh? 11K sekali dapat sekali, atau dapat setiap bulan? It's a typical pyramid-scheme offer, nothing new here. Yang menakjubkan, bagaimana sistem perniagaan sebegini boleh start, sustain dan survive... so far? Are we Malays in Malaysia that pathetic? Ini pulak bukan kerja orang takde pelajaran. Ini bukan kerja penyangak atau penyamun. Ini keje buatan orang yang dah complete tertiary education masing-masing. Tengok gambar dan penerangan plan pemasaran dan clear nampak ianya skim piramid.
Itu yang buat aku sedih sungguh dengan keadaan masyarakat Melayu. Imagine Aidid Mu'addib yang bertungkus-lumus (takde gaji pulak tu) mahu kasi kesedaran pada bebudak Melayu tentang selagi ada maklumat dan permutasi skim piramid... percayalah, mesti ada yang kata bahawa apa yang aku cakap adalah benda yang tak berasas, dan penuh dengan hasad-dengki. Tapi kan... kalau aku ada hasad-dengki pada hyprakbullshit la katakan, lepas tu aku buat penerangan terperinci tentang hyprak kat blog aku ni... kalau aku hasad-dengki, aku dapat apa Hairul? Sama jugak dengan artis cikai yang tak keruan tu. Jual aje la Bentley tu, pulangkan balik duit kat orang Melayu yang masih menunggu bonus yang dijanjikan, apa susahnya? It's just a car. Kalau accident, tergolek-dog jugak kan? Remuk jugak kan? Bayangkan berapa ramai orang Melayu yang boleh recover balik duit join skim piramid beli gelang keramat tu. Begitu jugak seperti yang diperkatakan oleh Armand Wira Perkasa dengan megah dan bongkak tak tentu halanya, aku ni adalah ahli masyarakat Melayu yang tak suka tengok usahawan Melayu berjaya. My opinion is, isu AC Mang itu membuktikan bahawa pergerakan PERKASA sekarang sudah hilang relevance dalam memperjuangkan hak dan welfare orang Melayu di Malaysia ni. Adakah PERKASA memperjuangkan kesejahteraan masyarakat Melayu sejagat, atau memperjuangkan poket orang Melayu perseorangan? Adakah mangkok-hayon yang perasan sebagai pejuang bangsa Melayu tu berjuang ke arah kesejahteraan keseluruhan masyarakat Melayu sebenarnya? Think about it for a tick. Kepada sapa-sapa yang aktif dalam PERKASA, kirim salam aku kat songkok tinggi tu. Cakap kat dia... "Resign aje la bang. You're a useless buffoon. Just an excess baggage."

Ooops! Pehal samapai kes songkok senget pulak ni? Ini isu Aleakrok. Korang nak tahu sapa mastermind mende alah neh? Budak-budak muda Melayu aje pun ha. Ada sorang engineer, sorang akauntan, sorang ijazah BA dan sorang ijazah IT. Menakjubkan bagaimana 4 orang terpelajar boleh berkumpul, berganding bahu, berdiskusi dan buat keputusan masa kat meeting di bilik konferens, sambil makan mihun kak Kiah dan minum teh susu yang dah sejuk: "Meh kita buat skim piramid, kencing orang Melayu ramai-ramai, boleh kita jadi kaya". I always wonder about such thing, you know. Kalau aku, Aidid Mu'addib, yang dah study isu skim piramid ni sekian lama, berhasrat nak buat skim piramid kat internet dan FB - aku akan buat sorang-sorang, serius beb, really serious. Sebab, kalau aku buat dengan orang lain, aku takut partner aku tu tiba-tiba dapat hidayah, dan pastu berpaling-tadah bila dia sedar aku nak buat mungkar dan maksiat skim piramid. You get what I'm saying? How do you get 4 educated people acting in unison to be disciples of dajjal? And one of them is a freaking accountant! You tell me that.

Isn't that wonderful? Smile everyone... business as usual, and business is goooood! We're making money, because at last count, 20,441 people are registered with Aleakrok. Sorang RM150 - 3 million hengget bro! You know, my issue earlier was those 4 masterminds - but, how do you explain that there has been 20,441 people that join this freaking thang, and gave money, and receive money, and have a jolly good time doing it? Don't you all find that odd? Well, I do. I guess everyone is racing to be those early birds that will laugh all the way to the bank... but in the end, they would just be the numerous lost souls that got ditched.... just cannon-fodder that nobody care about.
Oh ya, memandangkan duit manyak masyuk, apa kata kita sedekah sket kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti anak yatim? Good PR and can highlight in our promo too. Canteeekkk! Tapi, pada aku... that is just sick! Gila sasau ya amat orang Melayu ni kadang-kadang aku tengok. Sebijik macam pegi Genting menang poker, macam pegi rompak bank dapat seguni duit - meh la sedekah la sikit kat surau dan masjid... dan kasi la makan-makan kat rumah anak yatim.  

Wadefreakingcrap is this? Dan bukan itu sahaja. Mereka yang join awal masing-masing dah tumbuh tanduk melengkong dan kulit masing-masing dah bertukar kemerahan... I kid you not! Siap ajak kaum keluarga join, jiran makcik Tipah sekali... jadi downline dia, lagi manyak masyuuukkk mah!

Originally posted by gman68 di carigold forum (sori, mamatnya tak sekolah dan tak belajar pakai spacing):
Ramai yang masih tidak yakin ebiz Aleacorp ini boleh menghasilkan income yang lumayan jika dilakukan dengan betul. Dan ramai juga yang inginkan pasif income dalam biz internet. 
Dengan Aleacorp,jika anda buat,anda akan dapat untung,tetapi jika anda gagal menaja sesiapa,modal anda akan dapat semula dengan rebet 3% sebulan selama 50 bulan.
Ok..untuk pasif income,jika anda gagal menaja sesiapa dalam biz ini,sistem auto atau spill over downline akan memberikan anda downline percuma(ahli dari upline anda)dan akan jatuh dibawah anda.Dalam hal ini,anda tidak menaja sesiapa,tetapi downline akan datang dari upline anda dan akan diletakkan dibawah anda.Dan jika downline tu menaja ahli baru,anda akan dapat juga komisyen dari penajaan ahli tersebut.(Disinilah dia pasif income anda).
Tetapi anda jangan hanya mengharapkan spill dari upline sahaja..takkan dalam masa 6 bulan untuk menaja 3 orang sahaja anda tidak mampu.Ajak rakan2,adik2 dan jiran2 untuk join dan anda telah pulang modal segera.Kini hanya menantikan income seterusnya dari perkembangan group anda.
Bagi saya,saya tidak akan menunggu dan terus menunggu...saya akan terus promote dan promote...(sehari 1 jam untuk Aleacorp) Update forum,FB,Iklan,email dan sebagainya.
Jom join dengan team gman68!!! Insyaallah mantap! Rahsia promosi akan diberikan.
Lihat dan cuba google "Aleacorp"...team gman68 bersama anda!

Dan dengan sungguh bangganya, sampai nak mengalir air-mataku ini membacanya, mamat kat bawah ni nak beritahu semua orang yang bil Indah Water dan Tenaga Nasionalnya dapat dibayar dengan hasil mengemis online ni... uhuk! uhuk! uhuk! Real-life heathens!


No comments:

Post a Comment