Premium Bautiful - Multilevel Network - Infra Red - Inner Beauty
Ada bulan lepas sorang mamat yang baru start cukur misai singgah kat blog aku ni, sebab aku ada keluar komen yang corset Hai-O tu made-in-China... mau damage-control le tu, bzns dia maah. Aku kopipes komennya kat bawah.
Said Saiful Fazli said...
Salam, Saya owner blog aepull.blogspot.com
Secara jujurnya, saya telah memriksa dulu status halam haramnya sebelum saya menyertai Hai-0, Sah dan sahih memang haio syarikat patut syariah. Alhamdulillah, rezeki Allah ade dimana2. Sbelum saya sertai, saya tlah istikharah dan mndapat petunjuk. Korset PB tidak berasal dr Cina. Fabriknya dr Jerman, dijahit di USA dan di suntik dengan FIR di Japan.
nobody: saya tidak mengajak orang membeli hp canggih, saya menyatakan impian saya untuk mempunyai HP itu.. adakah itu salah disisi Allah?
Sila berhubung dgn saya jika ada masalah. 0176673277
saya bolh terangkan segala2nya.. jangan cepat kalut. Terserah pada Allah..
Salam satu malaysia!
November 27, 2010 3:42 AM
Waaah! Istikharah sampai dapat petunjuk untuk jual corset pompuan? Pehal pengamal MLM cokia' suka sungguh cite pasal dianya sembahyang sunat begitu-begini? Seriously? Boleh kasi laris produk kelentong ke beb, kalau cite pasal sembahyang istikharah? Mau kasi bunyi alim-alim gitu? Tak malu ke weh? Kalau la ada psycho cakap kat aku pasal benda sebegini, terus aku fikir mamatnya memang anak Ayah Pin, buat MLM kaitkan pulak dengan agama Islam. What a freaking contradiction! Anyway, asalnya corset ni dari Jerman (dekat Jiangmen tu), dijahit di USA (dekat Shenzhen pulak) dan seterusnya dihantar untuk disuntik dengan FIR di Japan (oh yang itu dekat Guangzhou, kilangnya di sebelah kilang gelang keramat HotTime, depannya ada mini-market kepunyaan apek Hao Lisheng). Apakemendenye nak disuntik-suntik FIR neh? Psycho Hai-O tu semua tahu FIR tu apa tak? Bloody stupid dumbass! Telan aje bulat-bulat apa apek Hai-O tu ceramah masa kursus mengelentong yang dia orang buat ka dol? Memang kelalar tahap cipan btol... sebab bila aku tengok cipan kat zoo, aku mesti ketawa punya. Cute meh! (tapi baunya, al-pekong ya amat!).
Aku malas nak cite panjang pasal corset ber-plutonium ni, sebab ramai orang komplen aku punya penerangan tentang sesuatu isu kadang-kadang terlalu detail. I agree, tapi sebab detail tu la ianya dapat dihuraikan, betul? Macam ni la... tak payah aku cerita semua benda tentang sesuatu produk, cuma aku ambil satu isu yang paling penting, dan aku hurai yang itu sahaja sampai bogel terus... orait?
Infrared (IR) itu adalah radiasi elektromagnet dengan wavelength di antara 0.7 and 300 micrometres, iaitu sama dengan julat frekuensi antara 1 and 430 THz. Wavelength IR ni lebih panjang daripada wavelength untuk cahaya yang kita boleh nampak (you know, the colour of the rainbow), tetapi lebih pendek daripada terahertz radiation microwaves (radiasi daripada black-body radiation - sama dengan cerita Max Planck hari tu, dan terahertz radiation ni sangat berguna dalam astronomi, iaitu untuk mencerap kewujudan inter-stellar dust di galaxy yang jauh - tak payah pakai teleskop biasa, pakai teleskop infra-red macam kat Mauna Kea, atau macam teleskop yang tengah mengorbit bumi sejak Mei 2009 - Herschel Space Telescope. Bukan HST tu mau beat Hubble Space Telescope, sebab teleskop IR tu tengok benda lain daripada Hubble). Infrared tu sama la kalau kita cakap sinaran yang kasi kita rasa panas. Cahaya matahari membekalkan 1 kilowatt tenaga untuk satu meter persegi pada paras laut - itu basic. Daripada 1 kw tu, 445 watt adalah cahaya rainbow tadi, 32 watt cahaya ultraungu (UV), dan 527 watt itu adalah daripada IR. Tu sebab panas meh. Kegunaan IR dalam kehidupan moden kita termasuklah skop night-vision, thermografi, sistem imaging, alat tracking, alat pemanas, alat komunikasi, spektrografi, alat dalam meteriologi (cerapan cuaca), climatology (kaji cuaca), astronomi dan banyak lagi... kecuali satu benda. Kegunaan IR buat modal untuk kasi orang kurus dengan pakai corset - yang itu hanya datang daripada buku teks sains nujum pak belalang Hai-O.
Sapa-sapa pembaca blog aku yang engineer dalam bidang yang berkaitan boleh sanggah aku kalau apa yang aku nak tulis pasal FIR selepas ini salah. I have no problem with that. Dalam buku teks engineering pasal infrared radiation, takde isu FIR yang dibincangkan seperti apa yang dikelentongi oleh orang Hai-O dan orang Melayu yang jadi kuli-batak apek tu semua. Mengikut klasifikasi The International Commission on Illumination (CIE), pembahagian radiasi infrared adalah seperti berikut: IR-A: 700 nm-1400 nm (0.7 µm-1.4 µm), IR-B: 1400 nm-3000 nm (1.4 µm-3 µm), IR-C: 3000 nm-1 mm (3 µm-1000 µm), atau mengikut klasifikasi badan komersial pulak:
Yang kelalarnya, kegunaan FIR yang ada dalam dunia moden ni adalah dalam penghasilan sinaran LASER! Wadehelloanybodyhome? Far infrared laser (FIR laser, terahertz laser) adalah laser dengan output wavelength dalam julat infrared, iaitu sebahagian daripada spektrum electromagnetik di antara 30-1000 µm (300 GHz-10 THz). Laser FIR berguna dalam "Terahertz Time-domain Spectroscopy", "Terahertz Imaging" dan juga dalam "Fusion Plasma Physics Diagnostics". Ianya jugak boleh digunakan untuk detect bahan letupan dan chemical warfare agents, dengan cara infrared spectroscopy atau dengan menilai ketumpatan plasma secara teknik interferometri. The p-Ge (p-type germanium) laser adalah sejenis laser yang "tunable and solid state", dan sudah wujud sejak 25 tahun lepas. Ada juga jenis laser lain yang menggunakan terahertz radiation sebegini seperti dalam Quantum cascade laser (QCL), Free Electron Lasers (FEL) dan Femtosecond Ti:sapphire Laser (FTSL).
Sekarang ni, buku teks dari planet mana yang saintis kat syarikat Hai-O pakai, untuk kasi versi FIR yang lain daripada yang ada dalam buku teks engineering tu semua? Buku teks yang datang daripada Japan (yang dekat Guangzhou) tu ke dol? Ada FIR berbagai jenis ke dalam dunia kita ni? Ada FIR daripada ilmu sains dan engineering moden yang diguna-pakai dalam industri dan astronomi - dan ada versi FIR yang orang Hai-O aje pakai. Lepas tu ilmu tu diturunkan kat promoter premium bloodyfool tu sume. FIR versi Hai-O... berkesan untuk kasi slim itu semua mangkok-hayon yang males pegi jogging, tapi nak melantak macam ayam kaki empat? Malunya la aku jadi orang Melayu, yang aku sendiri ada sedara-mara seagama yang senang sangat kena kelentong oleh cha ya nun alip... demi biz MLM, sekaligus dapat duit shubahah manyak-manyak.
Kat atas tu aku kopipes daripada blog mala'un yang tak pernah sekolah, merangkap peniaga benda kelentong ni - http://beautiful2u.blogspot.com/. Banyak lagi ajaran songsang yang ada kat sana, dan di merata internet (masing-masing orang kelentongan Hai-O ada blog sendiri untuk promosi corset ber-plutonium ni) kalau korang berminat nak baca la. Google aje. Cuma, aku jamin korang punya IQ akan drop by 7.3 percentage point by the time ko baca sampai kat hujung blog.
Sinar matahari pagi ada FIR. Yes, memang sinar matahari ada sinaran hangat pijar tu. Sebab matahari itu adalah reaktor nuklear terbesar yang ada dalam linkungan 4 tahun cahaya daripada bumi. Bintang terdekat Alpha Centauri (bintang binari sebenarnya) terletak 4.37 tahun cahaya dari kita, so yes... matahari tu la sumber tenaga thermonuklear di angkasa yang paling dekat. Tapi FIR itu adalah TENAGA, yang memerlukan sumber kuasa, dalam hal matahari tadi, berjuta-billion tan hidrogen di tukar jadi helium setiap saat, dalam proses nuclear fusion - di mana bagi setiap helium yang terhasil, 0.7% daripada berat zarah akan ditukarkan kepada TENAGA, iaitu mengikut formula Einstein, E = mc2. Bezakan dengan proses fission yang berlaku bila bom atom kat Nagasaki (bom yang guna uranium dengan code-name "Little Boy") dan Hiroshima (bom yang guna plutonium dengan codename "Fat Man") yang diletupkan 65 tahun dulu (ilmu nuklear ni yang jugak diselewengkan dengan rakusnya oleh Emetikus Prof Dr Sir TuaBangkaTakSedarDiri ECPbersepai tanpa segan-silu - nak segan apa, kalau dah nyanyuk main taik). Uik! Panjang la pulak kuliah astrophysics aku ni... dah lari topik neh.
Jadi FIR versi sains bomoh siam Hai-O yang ada dalam korset premium bloodyfool tu datang dari mana? Ada battery-pack letak kat belakang ke, bateri 9V macam yang korang masukkan dalam unit Smart-Tag tu ke, macam bateri AA masuk kamera digital tu ke, atau macam bateri yang diperlukan untuk menjana vibrator hebat kepunyaan si Joyah yang gersang dan kesunyian? What, where, how? Ada sumber plutonium kat dalam corset tu tak? Hai-O provide "portable fission reactor" dalam corset Premium Beautiful gitu? Saintis Hai-O kan hebat bak kamen rider, mengalahkan cipan. Mana datang FIR nye kak? Ngape la bebudak Melayu yang dah abis SPM boleh senang hanyut dengan ilmu kelentongan sebegini? Tak logik langsung. Apa pelajar form 4 dan form 5 yang belajar Fiziks, Kimia, Biologi dan Sains Paduan tu semua diajar oleh cikgu hanya bertujuan untuk ambik paper SPM - gitu? Meh abang kasi tahu adik-adik semua - apa yang dipelajari masa sekolah tu jugak la yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita ni, bukannya pelajaran tu semua "only on paper" masa SPM. Kalau korang belajar pasal 3 hukum Newton, maksudnya ada iktibar disebalik pelajaran Fiziks tu. Hukum Newton ketiga mengatakan bahawa untuk suatu daya dikenakan kepada sesuatu entiti, akan berlaku daya yang berlawanan daripada entiti yang satu lagi. Contohnya, kalau korang bawak kereta kat highway dalam kelajuan 150km/s, dan berlanggar dengan satu kereta lain, maka kekuatan perlanggaran akan jadi lebih teruk, bersesuaian dengan kelajuan 150km/s ko tu... sebab bila kereta ko tu menghentak kereta satu lagi, kereta yang kena hentak tu kasi hentak ko balik dengan daya yang sama besar tetapi berlawanan - jadi boleh kasi mati lagi cepat. Itu iktibarnya.
Kat sini aku nak kasi korang yang dah lupa satu "crash-course" dalam topik THERMODYNAMICS. Bendanya ada 4 laws/hukum sains. Hukum thermodynamics, 1. Jumlah tenaga dalam sesuatu sistem tertutup adalah kekal (boleh berubah bentuk, tetapi tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, dan jumlahnya akan kekal sama), 2. Tenaga tidak boleh bergerak daripada tempat sejuk kepada tempat yang lebih panas secara spontan (berkait dengan isu entropi sesuatu sistem - atau juga bermaksud, tiada jumlah tenaga sistem yang akan kekal, sebab sedikit tenaga akan sentiasa bocor dan menyusutkan jumlah tenaga yang ada), 3. Tiada sistem tenaga yang boleh mencecah "absolute-zero", iaitu 0 Kelvin, kerana apahal sekali pun, mesti ada sedikit tenaga wujud dalam sesuatu sistem (kecuali sebelum adanya "big-bang" berlaku, itu Allah sahaja yang tahu). 4. Jika 2 sistem adalah adalah dalam keadaan kesimbangan yang sama dengan sistem ketiga, jadi kedua sistem juga adalah dalam keadaan keseimbangan diantaranya (Hukum ke-4 ni berkait dengan "zeroth law of thermodynamics" - complicated sket dan ianya datang kemudian). Anyway, to make it simple - Tiga hukum pertama tadi boleh kita kiaskan sebagai: 1. You can't win, 2. you can't break even, 3. and you can't get out of the game.
OK, untuk apek Hai-O, penjual corset cikai dan pembeli serta pemakai corset canggih neh... ini soalan aku. Masa cikgu korang mengajar kat dalam kelas bertahun-tahun dulu tu, apa yang dia tungkus-lumus berleter pasal hukum thermodinamiks ni semua, masuk telinga kiri keluar lubang bontot ke dol? Kat mana corset tu dapat tenaga untuk kasi FIR pada lemak sipolan yang pakai corset ni? Ada pakai plutonium, caesium, radium atau uranium ke, sebab aku check corset tu, takde aku nampak slot untuk isi bateri AAA. Kalau takde sumber tenaga, FIR apekebendanya kak? Saiful Fazli cakap FIR ni disuntik di Jepun... dan secara tak semena-mena aku rasa kesian memikirkan cikgu yang mengajar dia Fiziks dan Kimia. Sama ada cikgunya cikai dan merapu ntah apemende kat kelas, atau budak Saiful Fazli tu yang terencat akal, bangang takleh di repair. Ada jugak promoter lain yang aku terbaca cakap, kain tenunan corset ni yang kasi pancar FIR ni kat pemakai - pancarkan "laser" kasi bakar lemak tu semua... dengan confident nya dia berbicara. Itu yang aku buat tajuk entry kat atas tu - untuk si Saiful dan promoter-promoter Hai-O tu semua, elok ambik corset bloodyfool yang masih belum terjual, kasi jerut leher masing-masing gitu, pastu gantung corset premium bloodyfool tu kat siling dengan tali rapia. Dapat jugak kita kurangkan jumlah anak Melayu yang memalukan cikgu Fiziks masing-masing.... settled?
Kalau perkataan "secret" dah jadi "secreat" - fikirkanlah sapa agaknya admin group FB ni.
Ibu mithali lagi sorang... sejak bila liver ada gangguan dalam neo-natal jaundice?
Isunya hanyalah fisiologikal, dan bukan liver baby tu ada problem.
Satu aje aku nak cite sebelum aku selesaikan entry ni. Anak jiran aku yang baru abis UiTM join bzns Hai-O ni, sekaligus jadi bahalol 1st class macam promoter Hai-O yang berkeliaran tu semua, dan promote corset ber-plutonium ni kat kakak ipar aku yang dah kahwin 9 tahun tak beranak, dengan janji untuk kasi kakak aku subur. "InsyaAllah ada rezeki, mungkin boleh mengandung", katanya. Dah dekat 2 tahun dah, apa pun tarak, sedangkan duit RM2,600 melayang sket-sket - dia kasi monthly installment. Body pun tak slim jugak, tapi abang aku suka aje nampak. Akhirnya, early this year aku dapat sorang orang Indon yang kesempitan hidup yang nak serahkan anak, terus aku book cepat-cepat. Bila dapat baby nye, terus aku bagi kat abang dan kakak aku tu - and now, there are so happy! Biarlah anak angkat sekalipun, I will never doubt their love for that child. Sementara itu, 2-3 bulan lepas, aku dengar anak jiran tu dapat jual 4 pasang corset keparat tu, yang lain ntah apa nak jadi. Yang sedihnya, duit pencen bapaknya dah selamat masuk akaun apek Hai-O... buat beli berpasang-pasang lingerie kat mistress masing-masing kut.
Eh, korang tahu Hai-O tu jual amende dan sapa yang empunya nye? HQ ada kat Jalan Kapar, Klang, dan website kat sini - http://en.hai-o.com.my/new/about_company.asp. Income tahun lepas mencecah RM500 juta - setengah billion hengget wei! Banyak produk dengan jenama dan jenis produk seperti kat bawah ni:
Unit MLM adalah salah satu bahagian daripada syarikat Hai-O
No surprise up there. Sengeh-sengeh aje la ye...
Kasi kaya lagik... jangan tak kasi kaya! Meh orang Melayu ramai-ramai terus diperkutak-katikkan setiap hari di Malaysia ni. Dah pasang corset premium bloodyfool tu kat tengkok ke belum beb? Meh la cepat pakai...
http://aididmuaddib.blogspot.com/