Tuesday, January 4, 2011

Amway - Penyangak MLM Numero Uno.

Custom Search
Aku kengkadang hairan dengan "the powers that be" yang kita jadikan penaung kepada kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Ada kala macam tak masuk akal aje perlakuan ahli-ahli club-member "from top to bottom". Tapi, aku rasa maleh nak kupas panjang-panjang - kang katanya aku nak menghasut la pulak. Itu pun satu hal - kena kritik aje, ada saja yang nak mencadangkan ISA digunakan, dan dihumbannya pulak sapa-sapa yang tak disukai masuk zoo Taiping... Uik! Did I say zoo Taiping? Wadefook? Penjara Taiping!

Maklumat yang berkaitan tentang sesuatu isu global itu ada boleh didapati jika seseorang yang prihatin cuba buat kajian tentang sesuatu topik. Kita ni dah di abad ke-21 dah ni. Information at the tip of your hand. Sume-sume ada berokben. Tapi takde ke mereka-mereka yang berkenaan buat kerja yang bersangkutan kat jabatan-jabatan tertentu tu, atau takde action yang sepatutnya ke yang dilakukan oleh mana-mana pegawai tertinggi, baik di jabatan kerajaan, atau separa-kerajaan? Oh ya... aku lupa. Negara Malaysia adalah negara sekular - benda haram ke, apa ke, apa kesah? Janji free-market berjalan lancar. Jangan aku Aidid Mu'addib dan korang yang full-blooded muslimin ikut jugak buat semua benda haram tu sudah. Hanya sebab ramai orang buat, kita pun nak buat macam dia orang jugak ke beb? Hopefully not... what else can I hope for?


Sapa yang tak kenal Amway? Ianya adalah satu syarikat yang terkenal dan telah bertapak lama di Malaysia. Ia juga satu syarikat yang terawal dalam industri MLM, you know, benda yang aku alergik tuh - "multi-level marketing". Di bawah adalah terjemahan satu artikel bertarikh 11 Nov 2010, yang aku baca di pyramidschemealert.org.

Amway adalah syarikat terbesar, tertua dan yang paling terkenal dan dikenali ramai sebagai syarikat contoh dalam industri MLM. Ianya juga adalah ahli terulung dalam "Direct Selling Association" di Amerika.

Simbol "direct-selling" ini baru sahaja mengumumkan bahawa ia bersetuju untuk membayar ganti-rugi dan melakukan pembaharuan kepada pengguna di Amerika dengan kos lebih daripada USD150 juta (RM460 juta). Bayaran ini adalah respon kepada tuduhan pengguna terhadap Amway/Quixtar yang mengatakan ianya melakukan operasi skim piramid. Bayaran (settlement) ini adalah yang terbesar dalam sejarah MLM di seluruh dunia.

3 Pengarah dan ahli badan penasihat "Pyramid Scheme Alert" menjalankan tugas sebagai pakar dan penasihat di dalam "class action lawsuit" terhadap Amway. Saman ini difailkan oleh firma guaman Boies, Schiller & Flexner.

Jumlah "settlement" tersebut memeranjatkan ramai pemerhati ekonomi dan berita ini sedang tersebar luas. Ianya dilaporkan di muka hadapan akhbar USAToday (15 Nov 2010). USD55 juta daripada keseluruhan denda adalah dalam bentuk tunai dan produk sebagai ganti-rugi kepada mangsa penipuan, serta bayaran guaman. Selain daripada itu, settlement itu juga melibatkan penurunan harga jualan produk yang tinggi untuk menjadikan jualan runcit dapat dilakukan, dan perubahan besar di dalam "cara perniagaan" (business tools) yang akan menjadikan Amway lebih bertanggung-jawab terhadap perlakuannya. Skim ini dilakukan oleh ramai pengrekrut tersohor syarikat Amway dan telah dibiarkan berleluasa tanpa pengawalan yang ketat oleh syarikat tersebut, di mana operasi haram ini sememangnya sangat menguntungkan kepada Amway. 

Bayaran denda yang besar ini juga memberikan tanda-tanya tentang kesahihan "Code of Ethics" yang (dikatakan) menjadi amalan "U. S. Direct Selling Association" dan kepatuhan undang-undang pada syarikat-syarikat multi-level marketing yang lain dalam isu sistem perniagaan MLM yang "viable", berdasarkan model syarikat Amway.

Di antara tuduhan yang dilemparkan di dalam "class action suit" terhadap Amway sehingga ianya bersetuju membayar RM460 juta (saman ini secara teknikalnya adalah untuk Quixtar, satu syarikat/jenama yang kini tidak beroperasi lagi, yang digunakan oleh pihak Amway untuk operasi di kawasan Amerika Utara):
1. Amway adalah skim piramid.
2. Ahli tertinggi Amway yang menjual produk "motivasi dan latihan" yang mencari ahli juga adalah skim piramid yang haram.
3. Amway melanggar akta jenayah "racketeering" kebangsaan Amerika.
4. Amway melanggar akta "endless chain" di California.
5. Amway menyembunyikan "criminal behaviour" (perlakuan jenayah) dengan pengakuan bahawa ianya mematuhi hukuman kerajaan pusat yang dijatuhkan 25 tahun sebelum itu. Faktanya, Amway tidak mematuhi garis panduan hukuman tersebut.
6. Amway memaksa jurujualnya untuk membeli beribu dollar produk-produk dengan harga yang diletakkan sangat tinggi, serta "success tools" yang tidak berguna dan kemudiannya mengarahkan pencarian ahli dengan arahan yang sama (endless chain scheme), sehingga menyebabkan hampir semua ahli-ahli tersebut pasti mengalami kerugian akhirnya.
7. Amway secara sedar menipu pelanggan untuk menyertai skim piramid di mana mereka akan pasti mengalami kerugian.
8. Amway meletakkan syarat penyertaan di mana ianya menghalang ahli daripada menyaman syarikat, yang mana ianya adalah tidak adil dan tidak boleh diterima-pakai.
9. Amway melakukan "wire and mail fraud".

Faktor 99%:
Aspek dasar dalam saman tersebut menuduh bahawa Amway menipu pelanggan dengan menjanjikan kemungkinan hasil pendapatan yang tidak benar di dalam peluang pekerjaan yang dijanjikan. Analisa badan "Pyramid Scheme Alert" terhadap pembayaran pendapatan Amway kepada jurujual menyatakan bahawa 99% yang mendaftar menjadi ahli tidak pernah mendapat keuntungan. Apabila kos sebenar dimasukkan, termasuk "tools" perniagaan, anggaran sesetengah pihak, kadar kerugian mencecah 99.9%. Kerugian 99% ini berkorelasi dengan data yang dikumpulkan seawal tahun 1980-an, bila negeri Wisconsin menyaman Amway. Ianya juga sama dengan data yang dikumpulkan oleh badan kerajaan England yang menyaman Amway beberapa tahun sebelum ini.

Di bawah terma settlement, Amway akan menyatakan semula pendapatan sebenar untuk mengubah angka yang diberi kepada pelanggan sebagai "gross income" dan bukan pendapatan bersih dan menyatakan kos sebenar kepada pelanggan bila mana mereka menyertai skim tersebut. (Perlu diperhatikan bahawa "pendapatan purata" yang diiklankan oleh Amway adalah juga pendapatan "mean" dan bukan "median", jadi ianya melibatkan percampuran pendapatan tertinggi di puncak piramid, sekaligus menyebabkan angka pendapatan tersebut kelihatan lebih tinggi. Purata yang sengaja dipesongkan ke atas ini mengelirukan pelanggan dalam pemikiran mereka kerana ianya menyatakan bahawa purata ahli akan mendapat keuntungan, dan memalsukan fakta bahawa realitinya majoriti besar ahli tidak meraih komisen langsung, atau tidak mendapat apa-apa keuntungan bersih).

Penipuan kepada pihak berkuasa:
Amway menyembunyikan atau memalsukan potensi kerugian besar ahli, daripada ahli yang menyertai, yang berjumlah berbillion dollar dalam masa bertahun-tahun, dengan melakukan penyelewengan dan rationalisasi. Tetapi, senjata yang paling efektif adalah kebolehan Amway di dalam mempengaruhi ahli politik, yang seterusnya mengalihkan perhatian pihak berkuasa daripada bertindak.

Tiadanya kes saman daripada kerajaan pusat, dengan "PR-spin" yang canggih dan data pendapatan yang mengelirukan, memberikan skim MLM Amway suatu aura yang kelihatan ianya mematuhi undang-undang, di mana ianya meningkatkan lagi kebolehan Amway di dalam mengabui mata konsumer dan media massa. Walau bagaimana pun, perlahan-lahan fakta tentang bagaimana MLM berjaya "melarikan diri" daripada undang-undang dapat dibongkar. Jawapannya adalah sangat mudah. MLM membeli "influence" di Washington dan di sesetengah kerajaan negeri, dengan derma kempen dan "high pressure lobbying".

Amway tercatat sebagai no. 68 di antara 75 penyumbang terbesar kepada ahli politik di Washington, berdasarkan kenyataan majalah siasatan "Mother Jones". Ianya mengatasi syarikat makanan Archer Daniel Midlands, syarikat farmaseutikal Bristol Myers Squibb dan terletak dekat di belakang Wal-Mart, General Motors dan Koch Industries.

Mengaku salah?
Walaupun settlement itu menyatakan Amway tidak mengaku salah, fakta bahawa Amway bersetuju untuk membayar penyaman dan menanggung kos sehingga hampir RM460 juta dan memilih untuk tidak membawa kes tersebut kepada perbicaraan akan memberikan tanggapan kepada ramai orang bahawa ianya adalah bukti yang kukuh Amway memang sah bersalah. Bayaran sebesar ini tidaklah boleh dikira sebagai satu pilihan yang lebih murah daripada menghadapi pertuduhan di mahkamah. Sebenarnya, Amway telah menanggung kos guaman yang tinggi dan menangguhkan bayaran denda ini selama 3 tahun, dengan alasan bahawa saman tersemun adalah tidak benar dan pihak penyaman tiada hak undang-undang untuk membawa kes tersebut ke mahkamah. Apabila hak menyaman dipastikan dapat berlaku, Amway terus mengalah.

Soalan yang timbul daripada saman dan denda:
1. Adakah DoJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat) akan menyiasat tuduhan bahawa Amway melakukan jenayah perniagaan?
2. Adakah FTC (Federal Trade Commision), akhirnya, akan menyiasat pertuduhan konsumer bahawa Amway mengamalkan skim piramid, serta melanggar "Amway Ruling of 1979".
3. Adakah Attorney General negeri California akan mula menyiasat pertuduhan bahawa Amway melanggar undang-undang anti-skim piramid California.

Bayaran denda yang besar kepada mangsa adalah rentetan daripada pertuduhan lain yang dilemparkan kepada Amway sebelum itu. Pihak berkuasa England telah meminta untuk menutup syarikat Amway beberapa tahun dahulu, atas alasan penipuan konsumer di negara tersebut. Tuduhan jenayah juga telah dibangkitkan kepada Amway oleh sebuah negeri di India. Dan Amway juga sedang dalam proses disaman di Kanada atas alasan penipuan dan penyelewengan oleh konsumer di negara tersebut.

Ianya adalah persoalan terbuka sama ada berapa banyak negara-negara lain akan mengambil langkah yang sama, serta berapa banyak saman konsumer diperlukan dan terdapat bukti sah penyelewengan diketengahkan, barulah FTC dan Jabatan Kehakiman Amerika akan benar-benar mengambil tindakan.

Di dalam satu buku yang baru diterbitkan, "No One Would Listen", oleh seorang "whistleblower" Harry Markopolos, beliau secara dramatik telah menggambarkan bagaimana pihak berkuasa SEC (Securities and Exchange Commision) tidak mengendahkan amaran yang diberikannya dan membenarkan skim Bernie Madoff berleluasa kepada saiz yang sangat besar. Kegagalan pihak SEC untuk bertindak menyebabkan ribuan pelabur mengalami kerugian, di mana beliau telah menghantar amaran bertulis secara terperinci kepada SEC, sebanyak 5 kali dalam masa 8 tahun beliau menyiasat penyelewengan tersebut. Tambahannya, media massa seperti Wall Street Journal dan majalah Forbes juga gagal untuk bertindak setelah bukti yang dikemukakannya dihantar kepada mereka. Madoff dianggap "terlalu besar" untuk dibongkar.

Di sebalik kemungkinan penyiasatan pihak berkuasa terhadap Amway, saman tersebut juga membawa satu persoalan yang lebih besar tentang syarikat-syarikat MLM yang lain:

Berapa banyak syarikat-syarikat MLM yang beroperasi sama seperti Amway, yang boleh membawa kepada bayaran denda yang sebesar ini? Soalan ini adalah sangat "relevant" kepada pihak berkuasa Amerika dan firma-firma guaman, kerana kepada syarikat-syarikat MLM yang lain, alasan yang mereka gunakan dalam mengatakan bahawa mereka mematuhi undang-undang adalah kerana mereka beroperasi dengan cara yang sama seperti syarikat Amway.



Komentar Aidid Mu'addib:

Ha... mamat-minah Amway kat Malaysia neh... puas hati korang? Korang tahu tak pasal ni? Tu kepala ketapi kat Amerika sana tu tak lama lagi akan muflis, sebab buat perangai lanun zaman-berzaman di Amerika (dan di merata dunia jugak sebenarnya). Sama aje kat Malaysia ni. Dari dulu lagi aku dah cakep... haish! Amway tu apa kurangnya dengan syarikat penyamun MLM yang berkeliaran kat Malaysia ni? "Skim piramid berproduk" through-and-through. Yang orang Islam suka sangat buat kerja cari rezeki mengikut style alkafirun... pehal? Degil btol!

Implikasinya di Malaysia pasti akan tiba, you wanna bet? Cuma, macam aku selalu nyatakan di sana-sini, pihak kerajaan Malaysia dengan jabatan yang diberikan mandat begitu-begini sentiasa memberikan kemusykilan yang mendalam pada aku ni ha. Nape kita kat Malaysia ni selalu tertinggal bas ekspres KKKL yang bertolak dari KL ke JB? Bas dah sampai ke R&R Pagoh, tapi kita baru sampai kat Puduraya. Melangut cari bas yang dah lesap. Tengok la nanti, bila agaknya perkara artikel ni akan timbul dalam pemerhatian dan tindakan kerajaan Malaysia. Yang problemnya pada aku - aku hanyalah insan kerdil (serius... tinggi aku 156 cm aje beb!) dan tak mampu nak ambil tindakan apa-apa berkenaan al-kisah makan duit haram laknat skim piramid yang jadi kegemaran orang-orang Melayu yang tamak harta-benda dan tak pergi sekolah agama rakyat masa kecik dulu. Aku hanya mampu jadi CSI Gil Grissom dan tulis blog yang tak ramai percaya pun. Orang Melayu yang berlambak buat MLM kat luar sana dengan manyak songehnya hari-hari memperlekehkan blog aku ni. Tu, aku kasi contoh kat atas tadi - mamat tu kan terer nak mampos cari rezeki halal dengan perniagaan MLM? MLM hukumnya harus meh! Orang kristian kat Amerika tu saja memandai-madai jatuh fatwa dengan harga RM460 juta.



Oh ya... aku belum abis present pasal Amway setakat ni. Ada satu perkara berbangkit pasal isu Amway ni, kat Malaysia. A very big problem. Sila lihat carta di bawah:
    

Apa nak jadi kita kat Malaysia neh? Lembaga Tabung Haji, Mara, KWSP, AmanahRaya adalah pemegang saham Amway Malaysia. Now, you tell me... ain't that pretty?



    
Firman Allah SWT:
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,supaya mereka kembali (insaf dan taubat)". 
- Surah Ar-Ruum:41
  
>>>>>>>>>>>    <<<<<<<<<<<



Credit : aididmuaddib

Sunday, January 2, 2011

MLM - The Truth, The Whole Truth and Nothing But The Truth.

Custom Search
Entry ni aku nak diskus lagi (uik nak diskus lagik ke bang?) tentang perspektif skeptikal Aidid Mua’ddib yang memang sentiasa sangsi pada orang-orang Melayu yang bahalol. Adakah seseorang orang Melayu itu bahalol dibuat-buat, atau adakah dia memang bahalol tak boleh di repair. Ianya berkenaan isu MLM atau sekarang ini ramai yang dah panggil sebagai network marketing atau sistem affiliate atau apekebendanyantah. Tukar nama daaa, sebab perkataan MLM dah ramai orang mencemuh, dan dengan tukar nama, nanti orang tak perasan realiti MLM ni, sedangkan bendanya sama aje dik. Sememangnya ramai orang Melayu tu memang senang sungguh makan kelentongan sebegini. 

Syarikat-syarikat MLM ni jual alat memancing la kiranya, dan jual sekali dengan impian untuk dapat banyak ikan. Jadi ramai la orang Melayu nak memancing sekarang ni, dengan mengimpikan berpuluh kilo ikan bermacam jenis nak dibawa balik ke rumah, dan masing-masing mengajak adik-beradik, sedara-mara, kawan-kawan dan jugak orang yang tak dikenali, beli manyak-manyak alat memancing jugak. Mari ramai-ramai pegi memancing kat sungai dan laut dan lombong dan kedai memancing kat tengah pekan... tak kesah la mana-mana pun. Akhirnya yang kaya adalah syarikat MLM dan apek kedai pancing, sedangkan orang Melayu kebanyakannya hanya buang duit beli tali pancing dan joran dan ntah apemendenye lagik... simpan dalam store. Ada sekor-dua orang Melayu buat MLM yang bawak sekor-dua ikan balik rumah.

Ulangkaji - agenda syarikat MLM bermula dengan adanya bzns menjual produk, sama ada jus buah-buahan dari Musytari, pil vitamin yang lain daripada 13 vitamin yang ada, water filter nanotechnology yang ada dalam movie Tron, sabun ajaib kasi tak mengantuk dan sekaligus menurunkan IQ, jual sistem sms yang boleh dapat free, jual ebook yang jugak boleh dapat free bersepah kat internet, air minuman berkeramat dan bersepai... dan, whatever. Cara hasutan syarikatnya dengan mengajak independent distributor (ahli/reseller/affiliate - iaitu korang tu semua) untuk join dengan menjanjikan keuntungan yang eksponential dengan adanya pencarian downline berbilang peringkat di bawah ahli tersebut, di mana keuntungan orang bawahan akan “dikongsikan” sket-sket oleh upline-upline tu sume. Sikit aje komisen tu, tapi kalau ada 4 downline, lepas tu ada 16 lagi kat bawah, lepas tu ada 64, 256, 1024... Cerita besa ni beb. Yang bestnya pada syarikat-syarikat tu semua, sistem perniagaan cara ini memang longkah sebab ahli yang join mesti beli produk “up-front” dan adanya pembelian minimum untuk setiap julat masa (sebulan selalunya). Maknanya tu simple aje: syarikat MLM tu dah siap duit masuk untuk barang cikai yang dia jual kepada ahli, tapi ahli tu sendiri tak pasti lagi ada pelanggan yang bahalol akan beli produk tu ke tidak. Best kan buat bzns sebegini? Itu sebab kebanyakan CEO syarikat MLM dan kuncu-kuncu terdekat dia, sure korang tengok muka masing-masing macam penyangak atau muka lanun Captain Barbossa - banyak makan duit haram shubahah maaah! Muka tak berseri, hidayah tarak. Tapi itu firasat aku aje... firasat korang camane? 

Plan pemasaran MLM berbeza daripada skim piramid hanya pasa satu fakta ce’nonet aje - komisen didapati bila jualan produk telah berjaya dilakukan. Kalau komisen dibayar dengan hanya pencarian downline, secara definasi itu adalah skim piramid. Skim piramid adalah menyalahi undang-undang di mana sahaja di dunia ni sebab sistem perniagaan sebegini pasti akan "collapse" bila mana tiada ahli baru dapat dicari, dan sudah pasti juga banyak peserta akan kerugian duit buta-buta gitu. Benda sebegini pernah banyak kali berlaku, khasnya kat Malaysia ni, dan khasnya dikalangan orang Melayu - orang Melayu tu ada magnet kepada skim piramid sejak zaman-berzaman. Walau bagaimana pun, sistem MLM itu sendiri tetap akan mengalami masalah "market saturation" yang sama seperti skim piramid tu jugak... who're you trying to kid anyway man? Sistem MLM tu jugak akan menghadapi masalah "collapse" bila dah tiba masanya, bila takde ahli baru join perniagaan MLM tu. Yang kerajaan Malaysia terus benarkan sistem perniagaan sebegini berleluasa sekarang memang aku tak terkejut sangat pun. Takde nya Malaysia tu nak mengikut Arab Saudi yang mengharamkan segala bentuk MLM, selepas muftinya keluar statement tentang pengharamannya. Apa yang penting sangat pun cakap mufti kat Malaysia ni? That's what you get in any country in the world - kalau sistem politik negara itu adalah berasaskan duit duit duit... free-market meh! Sapa cekap berniaga boleh jadi kaya-raya, sapa cekap kelentong pun boleh kaya-raya jugak. Ada ke patut syarikat cha ya nun alip, kepala bapak ketapi skim piramid berproduk terhebat di Malaysia dapat sokongan daripada menteri kabinet dan ada keluar paper - dapat anugerah "syarikat direct-selling beretika" ke apebenda ntah... gila baboon btol kita kat Malaysia neh!
 
 

Percayalah, CEO dan kuncu-kuncu teratas dalam sesuatu syarikat MLM tu mesti tak pakai atau makan atau minum produk dia orang sendiri... wanna bet? Korang ingat CEO Hai-O ada pakai penapis air Hai-O yang dipasarkan kat orang Melayu tu semua. Korang rasa dia ada pasang menatang Bio-Aura tu kat rumah dia sendiri ke? Pegi la buat inspection. Penapis air Hai-O Bio-Aura yang berteknologi tinggi yang diwar-warkan hebat gila bab, tapi dihasilkan oleh Electrofast Manufacturing Sdn Bhd di 10383, Jalan Sungai Mati, Klang (yang juga supply penapis air berjenama Hijrah Muafakat, Aqua Pure, DCL, Imtiyaz, Sukida dan banyak syarikat MLM lain). Satu company cha ya nun alip yang menghasilkan pelbagai jenis  produk penapis air untuk lebih 10 syarikat MLM. Benda kat dalam penapis tu lebih-kurang sama aje - tapi casing lain, dan cap kat luar lain. Ada syarikat jual RM500 sebijik, dan ada yang jual RM3,600 seketul - fikirkanlah. Macamana kerajaan boleh tutup mata sebelah tentang perlakuan syarikat MLM sebegini, ahli politik aje la yang boleh jawab kut. For the sake of free-market, or for the sake of plain ol' money, maybe?

Dan syarikat MLM tu semua juga akan jual barang "the old-fashioned way", beli murah, tapi jual mahal bagai nak rak. Korang yang join mana-mana sistem syarikat MLM tu yang akan pulak cari orang lain untuk jadi distributor sebagai ko punya downline, dan bukan syarikat tu yang cari - selamat duit syarikat daripada buat marketing - atau kiranya, korang dah siap jadi kuli-batak tukang marketing syarikat MLM tu la. Lepas ko dah join MLM tu, ko sendiri akan jadi distributor/reseller, dan mesti syaratnya ko perlu buat belian minimum setiap bulan untuk apa saja produk kejadah tu - betul beb? Kalau tak, tak dapek komisen doh. Pastu yang paling lagi kelalar, selalunya ahli/reseller akan guna/telan produk tu sendiri (macam Monavie, eXfuze, Shamelin, dll) dan/atau kalau ada rezeki (yang shubahah ni) jual pulak kat orang lain secara direct-selling - pujuk, hasut dan rayu ahli keluarga atau kawan terdekat, sampai ada yang menyampah ya amat dan terus putus sedara. Hasutan paling besa untuk pujuk orang join sebagai downline selalunya adalah kalau dia orang join, boleh dapat harga discount untuk produk tu, murah sket - sedangkan harga barang memang dah murah dan syarikat memang sure untung besar, khasnya sebab adanya lagi sorang bahalol jadi reseller... dan dia pulak akan promote menatang tu... exponentialism bro! Ah, bebudak Melayu mana paham konsep exponentialism dalam ekonomi sebegini.

Tapi kan, walaupun dapat harga discount, mana-mana produk MLM sudah semestinya lebih mahal daripada kalau beli produk yang setara kat Jusco, Tesco atau Giant. Macam-macam helah dan cara promosi produk ada sekarang ni. Contohnya, seperti menggunakan sains dan teknologi yang hebat, tapi tak wujud, macam Emeritus Professor Dr Sir Mickey Mouse lakukan dalam kes air paip ECPbersepai. Macam-macam teknologi akan keluar semasa promosi produk daripada syarikat MLM tu semua. Syarikat MLM akan cakap produknya ya amat la canggih dan berbaloi dengan harga jualan yang semahal yang cuba ia ketengahkan. Atau katanya air buah tu ada acai berry datang dari hutan belantara Amazon (yang dekat Arizona tu) atau ada kehebatan sebatian xanthone yang doktor perubatan sendiri musykil ntah apekebenda kesannya pada manusia. Yang join syarikat MLM tu pun pulak sama ikut kata upline dan promoter syarikat MLM, cuba jugak mempromosikan kehebatan produk yang dia sendiri main hafal skrip aje kepada pelanggannya, macam dia pun sama jadi professor emeritus jadian yang tahu macam pakar sains berprestasi tinggi bomoh siam. 

Hadith Nabi s.a.w., ertinya: Dan janganlah kamu melakukan tipu helah naik harga jenis ‘najash'" (Riwayat Al-Bukhari, 2/752).

Ahli yang join mesti terperangkap dalam membuat pelaburan perniagaan sebegini dalam membeli sejumlah produk (yang dipaksa beli oleh syarikat MLM tersebut untuk komisen tadi - minimum purchase, minimum PV, BV, GV, Vavie, whatever), dan akan terdesak untuk cari downline di bawahnya untuk kasi recover balik pelaburan sendiri. Jadi soalannya: kerap tak benda sebegini berlaku? Berapakah peratusan ahli MLM yang dapat recover balik pelaburan masing-masing?

Ini statement daripada badan-badan kerajaan dan NGO di Amerika:
1. The US Federal Trade Commission memberi amaran bahawa kebanyakan "network marketers" tidak mendapat apa-apa daripada pelaburan masing-masing, melainkan produk-produk mahal yang ada di tangan tetapi tidak terjual, di mana produk-produk tersebut dipaksa dibeli semasa mereka menyertai MLM tersebut.
2. US Consumer Reports menasihati pengguna untuk "menjauhi daripada skim MLM yang menjanjikan keuntungan daripada kebolehan ahli tersebut mencari downline yang sentiasa bertambah ramai (pyramid-growth) yang perlu melakukan perkara yang sama (duplikasi) dan seterusnya memberi komisen ke atas (up the line).
3. The Consumer Awareness Institute, sebuah badan non-profit di US, telah menganalisa data yang diterbitkan oleh syarikat MLM itu sendiri, dan dalam kajian tersebut mereka mendapati syarikat yang paling tak berjaya adalah Amway/Quixtar di mana 99.99% distributor kerugian. Yang paling berjaya (secara relatif) pula adalah Herbalife, dengan 99.42% distributor kerugian. What the...?
4. The Consumer Awareness Institute juga menganalisa data pembayar cukai di negeri Idaho dan Utah, di mana 6% daripada penduduk adalah "network marketers" yang aktif dalam pelbagai syarikat MLM. Daripada 300,000 penyata cukai pendapatan, tiada seorang pun (ZERO!) melaporkan keuntungan daripada aktiviti perniagaan MLM mereka. Tu diaaa!
5. Dalam satu kes saman di Wisconsin, penyata cukai pendapatan 200 daripada 20,000 orang ahli syarikat MLM diselidik oleh pihak Attorney General. Purata pendapatan top 1% ini adalah -$900 (negatif tu beb... you know, kurang dari zero). 
6. Majalah Newsweek mendapati kurang daripada 1% distributor Monavie layak untuk apa-apa komisen, dan (kurang) 1 dalam 1000 dapat recover semula pelaburan mereka, ke atas kos belian minimum jus keramat Monavie yang hebat bak cipan zoo Tepen.

Jadi, jika plan pemasaran syarikat MLM itu tidak berkesan, pehal ramai sangat bahalol yang join? Sebab memang ramai bahalol? Especially orang Melayu kat Malaysia neh... ramai bebudak Melayu yang tak ambik subjek matematik masa SPM. Pelajar Melayu memang dikecualikan daripada subjek matematik, korang tak tahu? Selalunya si mastermind, atau upline akan kasi briefing, tulis-tulis, lukis-lukis gambarajah matematik yang hebat pada prospek, di mana katanya seseorang ahli hanya perlu cari 2, 3, 4, atau berapa sahaja downline untuk diri masing-masing, di mana downline tu pulak ada downline dia orang sendiri... jadi kalau cari 4 front-line (cewah!), dah ada 16 kat bawah, dan 64 lepas tu, dan jika masing-masing buat belian minimum yang terpaksa dilakukan oleh setiap ahli... woohoo! Banyak komisen maa! Dalam kes contohnya 4Life Transfer Factor, siap janjikan 10 level ke bawah boleh dapat komisen... bukan lagi riba', itu dah masuk kepala bapak ketapi hyper-riba' dah tu. Fendy42816438 kata sedap meh! Orang bangang aje tak nak buat MLM ni bro.

But, there is always a catch. Mastermind/upline memang secara sengaja tak nak cite pasal ciri exponentialism dalam sistem perniagaan sebegini - kan masing-masing hati perut dajjal? Hitam bak bontot kuali. Kalau la plan pemasaran 1 cari 4 (seperti LoginFB100, Unstobebal, dll), dan jika hanya seorang mala'un kita ambil kira, yang dia nya ada satu line yang aktif 12 level ke bawah, dia sorang aje dah ada downline bawah downline bawah downline seramai 16 juta orang... wadeholycrap! Katalah kursus keusahawanan anjuran eXfuze (penjual 7 super-foods buatan alkafirun cara MLM) hujung minggu ni ada 30 orang Pak Pandir dan Mak Lampir yang hadir - setiap orang boleh dapat ke berjuta downline yang dapat kasi komisen ke atas? Angan-angan Mat Jenin jugak tu. Tapi, dia orang semua tak ambik matematik masa SPM - jadi, maafkan aje bebudak tu.

Benda MLM ni simple sungguh, itu yang heran kenapa ramai orang Melayu yang masih keliru. Kalau la ko jual belacan, dan bukak satu kedai belacan kat KLCC, ko mesti nak monopoli bzns belacan kat sana kalau boleh, betul? Takmo la ada mala'un lain bukak 10 lagi kedai belacan kat KLCC... satu sebelah Jimmy Choo, satu sebelah Kinokuniya, satu lagi kat sebelah Armani Exchange, dan ada pulak barua nak bukak kedai belacan dekat bersebelahan Tiffany & Co atau Bvlgari.... kan semua dah kacau daun tu? Tak kan ko nak cari reseller dikalangan pelanggan belacan ko tu, selagi ada pelanggan yang datang? Kan sistem MLM ni berlawanan daripada saranan bzns konvensional? Tak logik sungguh nak cari reseller sampai ke infiniti. Nak pakai 6 billion orang reseller ke apa? Dah tu, sapa pulak yang nak jadi pelanggan beli belacan ko tu? Itu sebab orang terpelajar yang faham subjek ekonomi memang geleng kepala punya bila membincangkan kesah perniagaan jenis MLM ni.

Katalah kita nak buat MLM dengan hanya jual produk, tapi tak mahu buat kerja shubahah cari downline. Ada dapat hidayah sket. Betul ke ada orang yang join MLM berjaya buat kerja sebegini tak? Dalam satu kes saman di UK, kerajaan UK mendapati (secara statistik - kurang) daripada 1 dalam 10 ahli MLM berjaya menjual produk kepada pelanggan, selain daripada dirinya sendiri (yang sebenarnya dah jadi pelanggan syarikat MLM tersebut semasa dia membeli produk - minimum purchase meh!). Memandangkan syarikat MLM sudah dapat memerangkap seorang ahli untuk membeli produknya secara berkala dan mandatori, secara tipikalnya produk tersebut sememangnya sangat mahal daripada produk yang setara dipasaran "retail" seperti di supermarket. Sapa pulaklah pelanggan yang dungu nak beli produk yang mahal, hanya sebab nak pakai/telan produk tu, sedangkan ada produk setara yang lebih murah? Kajian menunjukkan hampir semua produk yang dibeli oleh network marketers digunakan sendiri oleh mereka yang join MLM masing-masing.

Fakta ni mesti tidak akan diperkatakan oleh mastermind atau upline semasa memujuk dan menghasut prospek, sebaliknya mala'unnya mesti cerita bahawa produk mereka sememangnya one-of-a-kind-space-age-technology, dan tengah high demand dalam masyarakat sekarang ni. Cuba korang survey kat portal carigold, baca apa yang Odie dengan hani85 tulis hari-hari kat sana. Nak muntah pun ada kalau ko lawat selalu. Atau korang pergi cari budak terencat akal si FendyTF271935273 dan baca apa yang dia cakap pasal produk colostrum lembu (yang bukan colostrum lembu - ntah, you figure it out) dari syarikat 4Life. Atau dengar cakap apebenda namanya Honey Bee promote corset Hai-O yang ada plutonium tu (RM160 jual RM2600) sambil dia tunjuk beg tangan Dolce & Gabbana pasar malam kat blog dia... same old story across the board. Lame pitches from lame people with bucket-load of vanity. Dia orang ni tahu tak tanggungjawab sebagai seorang peniaga, korang rasa?

Sebagai contoh, rata-rata salesman MLM bukanlah pengamal perubatan bertauliah, tetapi hampir setiap mereka perasan lebih hebat daripada doktor perubatan, dengan saranan tentang kesihatan yang pelbagai sekaligus datang dengan promosi jus keramat dan multivitamin dan apa sahaja yang dia nak jual kepada makcik Tipah dan Pak Samad. Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu" (An-Nisa:29)

Dan dalam hadith, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Dua orang yang sedang melakukan jual-beli dibolehkan tawar-menawar selama belum berpisah; jika mereka itu berlaku jujur dan menjelaskan (ciri dagangannya), maka mereka akan diberi barakah dalam perdagangannya itu; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (ciri dagangannya), barakah dagangannya itu akan dihapus." (Riwayat Bukhari).

Sure, memang la ada yang berjaya buat MLM dan jadi kaya-raya. Bulan lepas ada keluar success-story dalam majalah usahawan SUKSES tentang sorang mamat untung besar jual jus manggis Vemma (produk dengan harga 171 hengget sebotol), yang dijual pada pakcik-makcik yang sepatah haram tak faham apa-apa pasal sains perubatan - yang kena kelentong bulat-bulat suruh telan jus manggis, yang mana asalnya manggis tu dieksport ke US, dan diimport semula ke Malaysia untuk diminum oleh orang-orang kita. Kan kerja bongok namanya tu? Satu botol Vemma lebih-kurang sama dengan harga dengan 350 bijik manggis segar... wadefak? Malaysia ni pengeluar manggis kakak oi! Manggis segar tu pulak takde bahan kimia atau pengawit... aku pasti yang Allah takde letak apa-apa racun atau pengawit dalam manggis segar tu semua. Ya, ya, ya... Vemma tu produk canggih. Canggih kepala lutut lu! Canggih sampai sanggup cerita hal-hal perubatan yang bukan-bukan, demi mendapatkan keuntungan berlipat-ganda, sekaligus dapat sedekah duit orang Melayu kepada omputeh kat US? Orang Melayu selain bahalol matematik, juga golongan manusia yang sangat pemurah dan suka bersedekah duit free-free kat omputeh alkafirun di mana sahaja.
 
 
Uik! Dah tersasar statement aku, bengangkan Vemma punya pasal. Anyway, mamat Vemma tu dapat capai sukses sebab beratus dan beribu orang downline dia bekerja keras mengelentong pelanggan, khasnya yang tua-tua ada banyak penyakit, seperti darah-tinggi, sakit jantung, kencing manis... jadi dia dapat meraih komisen kepimpinan, komisen rangkaian dan komisen bloody hell ntah apa lagi ntah. Memang keje orang sasau punya bzns Vemma neh! Nah, itu sebab mamat tu masuk majalah sukses, sebab dia yang join dulu dan dia di puncak piramid Vemma kat Malaysia ni. Tak payah nak argue - how are going to spin this to me babe?

Lagi satu, korang perlu berjaga tentang cerita sukses yang keluar daripada mulut kuncu-kuncu teratas syarikat MLM. Yang paling berjaya dalam apa-apa syarikat MLM, selain daripada CEO, CFO dan board of directors semua tu... adalah mereka yang travel kasi ceramah keusahawanan tentang jualan produk keramat MLM masing-masing di merata tempat dan kasi kursus motivasi serta menganjurkan pengrekrutan beramai-ramai, kasi join itu MLM keparat bak gaban. US Federal Trade Commision ada keluarkan statement mengkritik promosi MLM sebegini dengan menyatakan bahawa ada sesetengah syarikat MLM yang buat promosi seperti "cult-like religious mania" sebagai pengganti plan pemasaran yang beretika dan telus - macam Ayah Pin dengan segolongan pengikut yang mati-mati percaya Ayah Pin naik ke langit borak-borak dengan tuhan. Tuhan Ayah Pin la... God yang dia sahaja yang kenal dan sememangnya mereka berdua sangat akrab macam Batman dan Robin.

Lepas tu, baik di US, Eropah dan Malaysia jugak, mesti ada orang terkenal jadi ambasador/duta produk (dan ada pulak duta produk yang perasan hebat, terus bukak bzns gelang magnetik satu-sen-tarak-guna dia sendiri - terus dikencingnya syarikat MLM yang asal... hahaha!). That's the culture of MLM - mau kasi syarikat dan produk nampak gah dan high-class, walaupun cerita di sebaliknya tetap cikai. Bukan apa, ramai manusia dalam dunia ni senang dipengaruhi oleh "celebrity influence", macam la artis-artis tu semua manusia jenis yang berkualiti dan elok jadi ikutan. Menatang ntah?
 

Satu benda yang korang akan selalu dengar daripada mulut upline adalah berkenaan hebatnya sistem MLM masing-masing dengan sales-pitch yang out-of-this-world... "bzns eXfuze ni different bro, MLM lain memang takleh challenge punya. 7 super-foods. Kalau ko join, sure untung besar!". Atau, "Hai-O ni very strong company, Ismail Sabri Yaakob ada kasi anugerah syarikat beretika hari tu - tak kan rugi kak, company sah lulus syariah. Mesti best neh". Atau, "produk Transfer Factor ni one-of-a-kind, hanya 4Life yang berjaya kasi transfer imuniti daripada lembu dan ayam pada manusia, hinggakan Russian Health Ministry sendiri buat blog kat blogspot - gila bab punya advanced dan cokia' Russian Health Ministry ni! Oi bahalol - ko dengar cakap aku ni, kalau tak aku pelangkong kepala ko tu!".

Apahal sekali pun "pitch" syarikat MLM, semua sama aje dol. Memang la ada beza sket sana sini - tapi semua MLM tu cari ahli/reseller/affiliate yang cari downline masing-masing tak putus-putus, semua jual produk dengan harga sky-high, semua kasi syarat ko kena ada "minimum buy" untuk layak dapat komisen. Takde ramai yang ada harapan untuk kaya-raya, kecuali seketul-dua (yang perangai memang macam lanun dari azali dan aggressive macam monkey nak mengawan). Jadi, nasihat aku kepada korang yang nak join mana-mana MLM, udah la tu beb! Korang tu sedang diperkutak-katikkan oleh dajjal wang-ringgit daripada kalangan omputeh dan lain-lain alkafirun, yang menurunkan ilmu yahudi tu kepada orang Melayu kat Malaysia ni. Kepada yang dah ter-join... just walk away man, and stop feeding those sickfucks more of your hard-earned money. Anggaplah ianya pengajaran semasa membesar dan jadikan ia iktibar untuk bekalan sendiri dan anak-anak korang. Ajar matematik dan statistik pada anak korang tu semua, yang tak lama lagi membesar dan akan jadi pulak mangsa syarikat MLM yang lain di masa hadapan. Berhenti kasi syarikat MLM tu semua duit korang tu... not a ringgit more, just get lost!

Aku ni menulis artikel ni bukan ditujukan untuk seseorang individu Melayu macam ko sorang si pembaca, sebab seperti yang aku ada mention, memang ada yang boleh berjaya dalam bzns MLM ni. Aku menulis ni ditujukan kepada seluruh orang Melayu secara kolektif dan kumulatif - maksudnya korang dan aku sekali sebagai sebuah masyarakat. Isunya, apakah kesan ekonomi secara majmuk yang berlaku kalau ramai ahli masyarakat Melayu tu terus sebok nak buat MLM sampai 10%, 20% atau lebih lagi daripada keseluruhan jumlah ahli masyarakat mau join? Sedangkan seperti fakta yang dikeluarkan oleh menteri kita di atas tu, jumlah bzns MLM tu dalam 10 billion hengget aje - itu pun jangkaan 2015. Sekarang ni anggaran bzns MLM hanya RM5 billion aje - 1% GDP negara Malaysia. Adakah ianya baik untuk masyarakat Melayu sejagat... dia mana yang jadi kaya sorang-dua, tapi yang melangut tak dapat apa-apa ada dalam 19,833 orang lagi? Aku pun tak faham macam mana kes menteri kat atas tu boleh berlaku. Apa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan takde pakar ekonomi yang berwibawa yang digajikan, bekerja kat ofis di kementerian di Putrajaya, yang boleh tulis teks ucapan dan menasihatkan menteri dengan lebih "sensible" dari segi makroekonomi? It's mind-boggling really. Aku menulis ni, aku dapat info daripada US Federal Trade Commission, Consumer Awareness Institute, dan banyak independent writers kat internet. Dan aku pulak takde MBA pun. These are all common knowledge all over the world.
  
Last sekali, aku kasi korang fakta ni: Secara purata, 99.95% network marketers akan kerugian. Tapi, kalau ko pegi Genting main judi, ko stop kat meja roullete, dan letak semua duit yang ko ada kat satu nombor... katalah nombor 17. Kadar ko akan menang (dari segi statistik) pada nombor 17 tu adalah 97.14%. Faham bro? Tapi takde la aku nak advice korang pegi berjudi pulak dey... 

OK, I'm out... it's a Sunday. Ciao babe!
  

Rujukan:
1. Bloch, Brian. "Multilevel marketing: what's the catch?" Journal of Consumer Marketing. 1 Oct. 1996, Volume 13, Issue 4: 18-26. 
2. Dokoupil, T. "A Drink’s Purple Reign." Newsweek. Newsweek Inc., 11 Aug. 2008. Web. 22 Aug. 2008. <http://www.newsweek.com/id/150499/page/1> 
3. FTC. "The Bottom Line About Multilevel Marketing Plans and Pyramid Schemes."Protecting America's Consumers. Federal Trade Commission, 1 Oct. 2009. Web. 13 Oct. 2009. <http://www.ftc.gov/bcp/edu/pubs/consumer/invest/inv08.shtm> 
4. Vander, N., Peter, J., Keep, W. "Marketing Fraud: An Approach for Differentiating Multilevel Marketing from Pyramid Schemes." Journal of Public Policy & Marketing. 1 May 2002, Volume 21, Number 1: 139-151. 
5. Walsh, J. You can't cheat an honest man: How Ponzi schemes and pyramid frauds work and why they're more common than ever. Aberdeen, WA: Silver Lake Publishing, 1998. 183-202.
6. http://www.mlm-thetruth.com/blog/consumer-guides/shocking-statistics/
7. http://www.dsa.org/
8. http://www.ftc.gov/bcp/edu/pubs/consumer/alerts/alt057.shtm
9. http://www.mlmwatch.org/01General/10lies.html
10. http://www.systemdynamics.org/conferences/2008/proceed/papers/OLAYA411.pdf
11. http://www.watchforscams.com/network_marketing_scams.html

http://aididmuaddib.blogspot.com/

Wednesday, December 29, 2010

Corset Premium Bloodyfool - Buat Jerut Tengkok Bleh?

Custom Search

Premium Bautiful - Multilevel Network - Infra Red - Inner Beauty


Ada bulan lepas sorang mamat yang baru start cukur misai singgah kat blog aku ni, sebab aku ada keluar komen yang corset Hai-O tu made-in-China... mau damage-control le tu, bzns dia maah. Aku kopipes komennya kat bawah.

Said Saiful Fazli said...
Salam, Saya owner blog aepull.blogspot.com
Secara jujurnya, saya telah memriksa dulu status halam haramnya sebelum saya menyertai Hai-0, Sah dan sahih memang haio syarikat patut syariah. Alhamdulillah, rezeki Allah ade dimana2. Sbelum saya sertai, saya tlah istikharah dan mndapat petunjuk. Korset PB tidak berasal dr Cina. Fabriknya dr Jerman, dijahit di USA dan di suntik dengan FIR di Japan.
nobody: saya tidak mengajak orang membeli hp canggih, saya menyatakan impian saya untuk mempunyai HP itu.. adakah itu salah disisi Allah?
Sila berhubung dgn saya jika ada masalah. 0176673277
saya bolh terangkan segala2nya.. jangan cepat kalut. Terserah pada Allah..
Salam satu malaysia!

November 27, 2010 3:42 AM 

Waaah! Istikharah sampai dapat petunjuk untuk jual corset pompuan? Pehal pengamal MLM cokia' suka sungguh cite pasal dianya sembahyang sunat begitu-begini? Seriously? Boleh kasi laris produk kelentong ke beb, kalau cite pasal sembahyang istikharah? Mau kasi bunyi alim-alim gitu? Tak malu ke weh? Kalau la ada psycho cakap kat aku pasal benda sebegini, terus aku fikir mamatnya memang anak Ayah Pin, buat MLM kaitkan pulak dengan agama Islam. What a freaking contradiction! Anyway, asalnya corset ni dari Jerman (dekat Jiangmen tu), dijahit di USA (dekat Shenzhen pulak) dan seterusnya dihantar untuk disuntik dengan FIR di Japan (oh yang itu dekat Guangzhou, kilangnya di sebelah kilang gelang keramat HotTime, depannya ada mini-market kepunyaan apek Hao Lisheng). Apakemendenye nak disuntik-suntik FIR neh? Psycho Hai-O tu semua tahu FIR tu apa tak? Bloody stupid dumbass! Telan aje bulat-bulat apa apek Hai-O tu ceramah masa kursus mengelentong yang dia orang buat ka dol? Memang kelalar tahap cipan btol... sebab bila aku tengok cipan kat zoo, aku mesti ketawa punya. Cute meh! (tapi baunya, al-pekong ya amat!).

Aku malas nak cite panjang pasal corset ber-plutonium ni, sebab ramai orang komplen aku punya penerangan tentang sesuatu isu kadang-kadang terlalu detail. I agree, tapi sebab detail tu la ianya dapat dihuraikan, betul? Macam ni la... tak payah aku cerita semua benda tentang sesuatu produk, cuma aku ambil satu isu yang paling penting, dan aku hurai yang itu sahaja sampai bogel terus... orait?

Infrared (IR) itu adalah radiasi elektromagnet dengan wavelength di antara 0.7 and 300 micrometres, iaitu sama dengan julat frekuensi antara 1 and 430 THz. Wavelength IR ni lebih panjang daripada wavelength untuk cahaya yang kita boleh nampak (you know, the colour of the rainbow), tetapi lebih pendek daripada terahertz radiation microwaves (radiasi daripada black-body radiation - sama dengan cerita Max Planck hari tu, dan terahertz radiation ni sangat berguna dalam astronomi, iaitu untuk mencerap kewujudan inter-stellar dust di galaxy yang jauh - tak payah pakai teleskop biasa, pakai teleskop infra-red macam kat Mauna Kea, atau macam teleskop yang tengah mengorbit bumi sejak Mei 2009 - Herschel Space Telescope. Bukan HST tu mau beat Hubble Space Telescope, sebab teleskop IR tu tengok benda lain daripada Hubble). Infrared tu sama la kalau kita cakap sinaran yang kasi kita rasa panas. Cahaya matahari membekalkan 1 kilowatt tenaga untuk satu meter persegi pada paras laut - itu basic. Daripada 1 kw tu, 445 watt adalah cahaya rainbow tadi, 32 watt cahaya ultraungu (UV), dan 527 watt itu adalah daripada IR. Tu sebab panas meh. Kegunaan IR dalam kehidupan moden kita termasuklah skop night-vision, thermografi, sistem imaging, alat tracking, alat pemanas, alat komunikasi, spektrografi, alat dalam meteriologi (cerapan cuaca), climatology (kaji cuaca), astronomi dan banyak lagi... kecuali satu benda. Kegunaan IR buat modal untuk kasi orang kurus dengan pakai corset - yang itu hanya datang daripada buku teks sains nujum pak belalang Hai-O.

Sapa-sapa pembaca blog aku yang engineer dalam bidang yang berkaitan boleh sanggah aku kalau apa yang aku nak tulis pasal FIR selepas ini salah. I have no problem with that. Dalam buku teks engineering pasal infrared radiation, takde isu FIR yang dibincangkan seperti apa yang dikelentongi oleh orang Hai-O dan orang Melayu yang jadi kuli-batak apek tu semua. Mengikut klasifikasi The International Commission on Illumination (CIE), pembahagian radiasi infrared adalah seperti berikut: IR-A: 700 nm-1400 nm (0.7 µm-1.4 µm), IR-B: 1400 nm-3000 nm (1.4 µm-3 µm), IR-C: 3000 nm-1 mm (3 µm-1000 µm), atau mengikut klasifikasi badan komersial pulak:



Yang kelalarnya, kegunaan FIR yang ada dalam dunia moden ni adalah dalam penghasilan sinaran LASER! Wadehelloanybodyhome? Far infrared laser (FIR laser, terahertz laser) adalah laser dengan output wavelength dalam julat infrared, iaitu sebahagian daripada spektrum electromagnetik di antara 30-1000 µm (300 GHz-10 THz). Laser FIR berguna dalam "Terahertz Time-domain Spectroscopy", "Terahertz Imaging" dan juga dalam "Fusion Plasma Physics Diagnostics". Ianya jugak boleh digunakan untuk detect bahan letupan dan chemical warfare agents, dengan cara infrared spectroscopy atau dengan menilai ketumpatan plasma secara teknik interferometri. The p-Ge (p-type germanium) laser adalah sejenis laser yang "tunable and solid state", dan sudah wujud sejak 25 tahun lepas. Ada juga jenis laser lain yang menggunakan terahertz radiation sebegini seperti dalam Quantum cascade laser (QCL), Free Electron Lasers (FEL) dan Femtosecond Ti:sapphire Laser (FTSL).

Sekarang ni, buku teks dari planet mana yang saintis kat syarikat Hai-O pakai, untuk kasi versi FIR yang lain daripada yang ada dalam buku teks engineering tu semua? Buku teks yang datang daripada Japan (yang dekat Guangzhou) tu ke dol? Ada FIR berbagai jenis ke dalam dunia kita ni? Ada FIR daripada ilmu sains dan engineering moden yang diguna-pakai dalam industri dan astronomi - dan ada versi FIR yang orang Hai-O aje pakai. Lepas tu ilmu tu diturunkan kat promoter premium bloodyfool tu sume. FIR versi Hai-O... berkesan untuk kasi slim itu semua mangkok-hayon yang males pegi jogging, tapi nak melantak macam ayam kaki empat? Malunya la aku jadi orang Melayu, yang aku sendiri ada sedara-mara seagama yang senang sangat kena kelentong oleh cha ya nun alip... demi biz MLM, sekaligus dapat duit shubahah manyak-manyak. 



Kat atas tu aku kopipes daripada blog mala'un yang tak pernah sekolah, merangkap peniaga benda kelentong ni - http://beautiful2u.blogspot.com/. Banyak lagi ajaran songsang yang ada kat sana, dan di merata internet (masing-masing orang kelentongan Hai-O ada blog sendiri untuk promosi corset ber-plutonium ni) kalau korang berminat nak baca la. Google aje. Cuma, aku jamin korang punya IQ akan drop by 7.3 percentage point by the time ko baca sampai kat hujung blog.

Sinar matahari pagi ada FIR. Yes, memang sinar matahari ada sinaran hangat pijar tu. Sebab matahari itu adalah reaktor nuklear terbesar yang ada dalam linkungan 4 tahun cahaya daripada bumi. Bintang terdekat Alpha Centauri (bintang binari sebenarnya) terletak 4.37 tahun cahaya dari kita, so yes... matahari tu la sumber tenaga thermonuklear di angkasa yang paling dekat. Tapi FIR itu adalah TENAGA, yang memerlukan sumber kuasa, dalam hal matahari tadi, berjuta-billion tan hidrogen di tukar jadi helium setiap saat, dalam proses nuclear fusion - di mana bagi setiap helium yang terhasil, 0.7% daripada berat zarah akan ditukarkan kepada TENAGA, iaitu mengikut formula Einstein, E = mc2. Bezakan dengan proses fission yang berlaku bila bom atom kat Nagasaki (bom yang guna uranium dengan code-name "Little Boy") dan Hiroshima (bom yang guna plutonium dengan codename "Fat Man") yang diletupkan 65 tahun dulu (ilmu nuklear ni yang jugak diselewengkan dengan rakusnya oleh Emetikus Prof Dr Sir TuaBangkaTakSedarDiri ECPbersepai tanpa segan-silu - nak segan apa, kalau dah nyanyuk main taik). Uik! Panjang la pulak kuliah astrophysics aku ni... dah lari topik neh.

Jadi FIR versi sains bomoh siam Hai-O yang ada dalam korset premium bloodyfool tu datang dari mana? Ada battery-pack letak kat belakang ke, bateri 9V macam yang korang masukkan dalam unit Smart-Tag tu ke, macam bateri AA masuk kamera digital tu ke, atau macam bateri yang diperlukan untuk menjana vibrator hebat kepunyaan si Joyah yang gersang dan kesunyian? What, where, how? Ada sumber plutonium kat dalam corset tu tak? Hai-O provide "portable fission reactor" dalam corset Premium Beautiful gitu? Saintis Hai-O kan hebat bak kamen rider, mengalahkan cipan. Mana datang FIR nye kak? Ngape la bebudak Melayu yang dah abis SPM boleh senang hanyut dengan ilmu kelentongan sebegini? Tak logik langsung. Apa pelajar form 4 dan form 5 yang belajar Fiziks, Kimia, Biologi dan Sains Paduan tu semua diajar oleh cikgu hanya bertujuan untuk ambik paper SPM - gitu? Meh abang kasi tahu adik-adik semua - apa yang dipelajari masa sekolah tu jugak la yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita ni, bukannya pelajaran tu semua "only on paper" masa SPM. Kalau korang belajar pasal 3 hukum Newton, maksudnya ada iktibar disebalik pelajaran Fiziks tu. Hukum Newton ketiga mengatakan bahawa untuk suatu daya dikenakan kepada sesuatu entiti, akan berlaku daya yang berlawanan daripada entiti yang satu lagi. Contohnya, kalau korang bawak kereta kat highway dalam kelajuan 150km/s, dan berlanggar dengan satu kereta lain, maka kekuatan perlanggaran akan jadi lebih teruk, bersesuaian dengan kelajuan 150km/s ko tu... sebab bila kereta ko tu menghentak kereta satu lagi, kereta yang kena hentak tu kasi hentak ko balik dengan daya yang sama besar tetapi berlawanan - jadi boleh kasi mati lagi cepat. Itu iktibarnya.

Kat sini aku nak kasi korang yang dah lupa satu "crash-course" dalam topik THERMODYNAMICS. Bendanya ada 4 laws/hukum sains. Hukum thermodynamics, 1. Jumlah tenaga dalam sesuatu sistem tertutup adalah kekal (boleh berubah bentuk, tetapi tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, dan jumlahnya akan kekal sama), 2. Tenaga tidak boleh bergerak daripada tempat sejuk kepada tempat yang lebih panas secara spontan (berkait dengan isu entropi sesuatu sistem - atau juga bermaksud, tiada jumlah tenaga sistem yang akan kekal, sebab sedikit tenaga akan sentiasa bocor dan menyusutkan jumlah tenaga yang ada), 3. Tiada sistem tenaga yang boleh mencecah "absolute-zero", iaitu 0 Kelvin, kerana apahal sekali pun, mesti ada sedikit tenaga wujud dalam sesuatu sistem (kecuali sebelum adanya "big-bang" berlaku, itu Allah sahaja yang tahu). 4. Jika 2 sistem adalah adalah dalam keadaan kesimbangan yang sama dengan sistem ketiga, jadi kedua sistem juga adalah dalam keadaan keseimbangan diantaranya (Hukum ke-4 ni berkait dengan "zeroth law of thermodynamics" - complicated sket dan ianya datang kemudian). Anyway, to make it simple - Tiga hukum pertama tadi boleh kita kiaskan sebagai: 1. You can't win, 2. you can't break even, 3. and you can't get out of the game.

OK, untuk apek Hai-O, penjual corset cikai dan pembeli serta pemakai corset canggih neh... ini soalan aku. Masa cikgu korang mengajar kat dalam kelas bertahun-tahun dulu tu, apa yang dia tungkus-lumus berleter pasal hukum thermodinamiks ni semua, masuk telinga kiri keluar lubang bontot ke dol? Kat mana corset tu dapat tenaga untuk kasi FIR pada lemak sipolan yang pakai corset ni? Ada pakai plutonium, caesium, radium atau uranium ke, sebab aku check corset tu, takde aku nampak slot untuk isi bateri AAA. Kalau takde sumber tenaga, FIR apekebendanya kak? Saiful Fazli cakap FIR ni disuntik di Jepun... dan secara tak semena-mena aku rasa kesian memikirkan cikgu yang mengajar dia Fiziks dan Kimia. Sama ada cikgunya cikai dan merapu ntah apemende kat kelas, atau budak Saiful Fazli tu yang terencat akal, bangang takleh di repair. Ada jugak promoter lain yang aku terbaca cakap, kain tenunan corset ni yang kasi pancar FIR ni kat pemakai - pancarkan "laser" kasi bakar lemak tu semua... dengan confident nya dia berbicara. Itu yang aku buat tajuk entry kat atas tu - untuk si Saiful dan promoter-promoter Hai-O tu semua, elok ambik corset bloodyfool yang masih belum terjual, kasi jerut leher masing-masing gitu, pastu gantung corset premium bloodyfool tu kat siling dengan tali rapia. Dapat jugak kita kurangkan jumlah anak Melayu yang memalukan cikgu Fiziks masing-masing.... settled?
Kalau perkataan "secret" dah jadi "secreat" - fikirkanlah sapa agaknya admin group FB ni.

Apa aku nak hurai lagik? The most important and fundamental issue about this product is the biggest and lousiest lie there is. Kalau isu utama adalah isu paling menipu, nak diskus penipuan lain jugak ke? Nampak gaya macam syarikat Hai-O ni berharap untuk jual corset ni pada orang Melayu yang benak dan bebal pasal subjek Fizik, dan yang tak ambik SRP/PMR, usahkan SPM. Dan dah sememangnya berlambak bebudak Melayu yang "fit-that-description" kat Malaysia hari ini. Tak perlu sangat la aku cerita benda lain pasal bzns merapu ni. Tak payah cerita pasal harga kat kilang China tu RM160, tapi jual RM2,600 kat orang Melayu oleh orang Melayu, tapi dapat duit sebaldi kat orang cha ya nun alip kat Jalan Kapar, Klang. Tak payah cerita pasal syarikat ni yang boleh membantu orang Melayu untuk buat personal loan RM23,000 (ada tali-barut kat bank mah), lepas tu dapat 10 pasang premium bloodyfool untuk dijual - siap dengan kelentongan yang diturunkan (sedangkan Hai-O dah siap-siap dapat 21K dan bersedekah kat si penjual ntah 3-4K ke berapa ntah, daripada duit 21K ahli tu tu sendiri... something like that... hahaha, badut gila baboon ya amat). Tak perlu diskus pasal promosi corset ni yang boleh kasi wanita sipemakai lebih subur dan boleh mengeluarkan ovum berduyun-duyun dan seterusnya boleh kasi beranak dengan magik, lebih terer daripada pakar sakit puan kat PPUM, HUKM dan HUSM. Maleh la aku rasa nak sambung lagik. Korang yang tahu cerita yang lain, diskus dan pecahkanlah tembelang Hai-O tu semua kat seksyen komentar kat bawah.


Ibu mithali lagi sorang... sejak bila liver ada gangguan dalam neo-natal jaundice?
Isunya hanyalah fisiologikal, dan bukan liver baby tu ada problem.


Satu aje aku nak cite sebelum aku selesaikan entry ni. Anak jiran aku yang baru abis UiTM join bzns Hai-O ni, sekaligus jadi bahalol 1st class macam promoter Hai-O yang berkeliaran tu semua, dan promote corset ber-plutonium ni kat kakak ipar aku yang dah kahwin 9 tahun tak beranak, dengan janji untuk kasi kakak aku subur. "InsyaAllah ada rezeki, mungkin boleh mengandung", katanya. Dah dekat 2 tahun dah, apa pun tarak, sedangkan duit RM2,600 melayang sket-sket - dia kasi monthly installment. Body pun tak slim jugak, tapi abang aku suka aje nampak. Akhirnya, early this year aku dapat sorang orang Indon yang kesempitan hidup yang nak serahkan anak, terus aku book cepat-cepat. Bila dapat baby nye, terus aku bagi kat abang dan kakak aku tu - and now, there are so happy! Biarlah anak angkat sekalipun, I will never doubt their love for that child. Sementara itu, 2-3 bulan lepas, aku dengar anak jiran tu dapat jual 4 pasang corset keparat tu, yang lain ntah apa nak jadi. Yang sedihnya, duit pencen bapaknya dah selamat masuk akaun apek Hai-O... buat beli berpasang-pasang lingerie kat mistress masing-masing kut.

Eh, korang tahu Hai-O tu jual amende dan sapa yang empunya nye? HQ ada kat Jalan Kapar, Klang, dan website kat sini - http://en.hai-o.com.my/new/about_company.asp. Income tahun lepas mencecah RM500 juta - setengah billion hengget wei! Banyak produk dengan jenama dan jenis produk seperti kat bawah ni:
 Unit MLM adalah salah satu bahagian daripada syarikat Hai-O
 No surprise up there. Sengeh-sengeh aje la ye...
Kasi kaya lagik... jangan tak kasi kaya! Meh orang Melayu ramai-ramai terus diperkutak-katikkan setiap hari di Malaysia ni. Dah pasang corset premium bloodyfool tu kat tengkok ke belum beb? Meh la cepat pakai...

http://aididmuaddib.blogspot.com/

Tuesday, December 21, 2010

Jus Buah Keramat - Cari La Idea Lain Woi!

Custom Search
Assalamu'alaikum... guys. Hey, I'm back... for now. My father is quite old, and he has "semput" from time to the time. He has his own neb machine at home, but sometimes it gets really bad, so he needs to be hospitalised. Sometimes he needs IV aminophylline or something like that. Tu la, dia tak pernah makan makanan kesihatan dan pil vitamin tu semua... tu sebab jadi camtu agaknya. Udah la kerja berat guna tulang empat kerat sepanjang hidup mudanya, dan makan ikan sungai dan sayur pucuk ubi dan pakis kutip kat belakang rumah aje... He's almost 80 years old, by the way.

Aku dapat banyak request untuk buat sesuatu presentation tentang sesuatu MLM atau skim piramid, bukan sahaja selepas adanya blog ni, tapi dah dekat setahun dah ni... you know, sejak jadi ayam tambatan antiMLM (ayam takpe, jangan jadi ayam berlemak kaki empat idung pesek sudah). Benda alah ni memang banyak jenis, dan memang senantiasa mencari prospek orang-orang Melayu yang tamak wang-ringgit sampai tak hengat dunia, dan khasnya yang dungu-dungu tak faham matematik dan statistik tu sume. Jadi yang mana satu aku nak present dulu? How do I choose meh? Depends on the info I get from research, or depends on some obscure and unexplained coincidences. That coincidental thingy I cannot explain, Allah guide me inexplicably. And also, it depends which one irritate me the most. Banyak kali sesuatu topik tu keluar sebab orang yang buat MLM atau skim piramid tu uja aku dengan bermacam-macam cara dan perkataan - macam sungguh-sungguh mau cari nahas gitu. Jadi, untuk mereka yang masih menunggu entry berkenaan biz masing-masing yang masih belum keluar kat blog neh, aku dengan ini mengundang korang (dengan hati yang terbuka dan redha) untuk irritate aku dengan lebih jitu dan lebih berwibawa tentang skim piramid atau MLM masing-masing. Nanti entry tentang MLM atau skim piramid ko sure akan keluar punya. Kalau kena gaya dan ko pulak dapat hidayah daripada entry blog aku.. apa salahnya beb?
 
OK, let's go back to basic. Katalah aku ni seorang idiot, SPM kantoi... dan korang semua pun sama idiot. Uik! Jangan marah, ini hypothetical aje. Macamana aku nak terangkan korang tentang "modus operandi" atau muslihat sebenar MLM dan skim piramid tu semua supaya aku dan korang semua faham? How meh?

Sekarang ada satu produk X, yang aku nak jual kat konsumer. Aku ni kedekut ya amat, dan tak nak keluar modal banyak untuk logistik (sewa lori) dan advertisement (iklan) - jadi aku gunakan kaedah multi-level marketing. Dari situ korang boleh tangkap apa yang best pasal kaedah bzns sebegini. Jimat duit modal, tapi keuntungan lumayan.

Contohnya la syarikat Panasonic nak jual Plasma HDTV kat korang. Dia orang kena buat TV tu daripada zero, pasang wayar berselirat dengan 1237 kapasitor dan sambungkan kat unit plasma screen tu, dan seterusnya dah siap, kena angkut dengan lori dari kilang kat seksyen 20 Shah Alam ke kedai Apek di mana sahaja di Malaysia. Lepas tu dia kena bayar iklan kat TV1 dan TV3, dia kena bayar kat surat-khabar, dia kena pasang billboard besar-besar di merata ceruk Malaysia, untuk pengiklanan besar-besaran, mahu ratus juta hengget punya belanja tu beb. Lepas tu baru Makcik Tipah kat Ceruk Tok Kun dapat berita tentang Plasma TV Viera 42 inci yang canggih dan screen nye cukup besar bagi dia, untuk tengok Liverpool kena belasah tak sudah-sudah kat Premier League musim ni... makciknya peminat Blackpool, tapi malangnya dah rabun sket, dan dia mahukan screen yang besar dan colourful, dan ada HD maah! Dia ada subscribe dengan B.yond. Jadi bayangkan modal untuk syarikat Panasonic tu, untuk kasi Makcik Tipah merasa Plasma TV yang kedua kat kampungnya selepas Mak Bedah, si peminat CSI Miami (dia horny dengan David Caruso yang tak keruan tu), nun di Ceruk Tok Kun sana. Itu sebab Plasma TV tu mahe bebenor yeop. Tapi, Panasonic deliver good product what? Boleh nampak jerawat Christiano Ronaldo sebijik-sebijik kat depan mata.

OK... kalau aku ada produk X, aku mahu pasarkan macam Plasma TV kat atas, tapi aku takde duit macam anak-cucu-cicit Konosuke Matsushita dan aku memang kemut nak mampos, dan aku memang putar-alam dan tak kesah langsung mempergunakan manusia lain untuk jadi kaya-raya... jadi aku nak wat camane neh? Buat style MLM la beb.

Jadi, aku pasarkan produk X dengan modal seciput, tapi aku janjikan reseller/distributor dengan profit-sharing yang lumayan gitu. Jadi, aku tak payah keluar modal duit lori, kuli-batak reseller tu semua akan isi minyak petrol kereta dia sendiri untuk promote produk X ke merata area pekan Baling, Kedah. Direct-selling meh. Dia akan belanja sendiri untuk melantak lunch, dan reseller tu sendiri jugak keluar duit untuk belanja pelanggan atau prospek reseller kat kedai mamak al-Khulafa. "Hangpa mau beli produk X, dengan teknologi space-age dan boleh rawat 31 penyakit? Meh la join dan jadi reseller macam aku, sekaligus makan jugak benda ntah apa-apa neh". Tapi, macamana nak kasi ramai orang join bzns produk X ni? Janjikan komisen yang hebat sampai 10 level (macam contoh 4Life Transfer Factor gitu... riba' ka apa ka, lantak pi la). Jadi masing-masing reseller berlumba-lumba cari downline masing-masing sampai abis semua orang Pekan Baling join bzns juai produk X aku. Sampai cucu makcik Tipah umur 9 tahun pun jadi downline barua mana ntah. Dan aku masih tak keluar satu sen untuk logistik dan iklan (sebab, seperti contoh agen 4Life macam si Fendy yang jual produk TF sampai tak nampak lampu merah jalanraya, Fendy tu sendiri dah jadi papan iklan dan lori angkut, all-rolled-into one - FOC maaa!). Dan sesungguhnya produk X aku laris beb - aku untung gila bab, sampai boleh beli Plasma TV Viera 65 inci, model TC-P65V10 3D Plasma Full HDTV, dengan harga RM13,000 ke berapa ntah, letak kat toilet aku. You know, kalau kena tengah melabur dan Liverpool pulak tengah kena belasah... satu minit pun aku tak kan miss.  Yahoo!

You all get my drift? OK, kita buat contoh yang real - produk jus buah-buahan magik eXfuze yang di promote oleh budak yang baru start menses kat atas tu... sapa namanya tadi? OK, hani85. Minahnya cakap aku dah masuk air dan tak faham prinsip MLM macam dia yang dah ada PhD taik kucing pasal ilmu MLM neh. Ada isu MLM yang tak clear lagi daripada "penerangan idiot" aku kat atas. Meh kasi aku, mamat yang mereng dan mengarut, kupas pasal eXfuze sampai ke akar-umbi.
 
 

OK, sekarang aku nak jual jus buah merapu ni kat pelanggan, dengan modal yang sedikit tapi nanti dapat keuntungan yang lumayan. Macam kat atas tu jugak, aku buat cara MLM. Tapi untuk kasi komisen sampai 7 level ke bawah, mesti kena harga mahal gila-gila, sebab aku nak untung, tapi reseller dengan downline atas downline atas downline semua nak untung sama-sama besar-besaran, baru longkah semua orang yang join. Betul bro? Jadi, untuk jual harga mahal, sedangkan sebotol eXfuze tu walaupun mungkin modal RM17.28 aje (mungkin), kena la jual dengan harga RM192.50 kat pelanggan-pelangan yang dungu yang ada berlambak kat Malaysia ni. Tapi camane nak buat tu dik? Itu la sebabnya ada promosi hebat 7 superfoods dalam eXfuze - "The Power of Seven" bagai. Ambik mic cepat, jerit sekuat hati, eXfuze ada blended buah Gac, Acai, Goji, Noni, Fucoidan, Manggis, Seabucktorn... atau boleh gak - rambai, betik, nenas Sarawak, dokong, nangka, cempedak dan strawberry Cameron (buah apa pun boleh, apa kesah beb?). Janji ko bertempik sekuat hati bahawa produk exFuze boleh kasi sembuh stroke, boleh kasi barang Pak Mat mencadak naik semula selepas sekian lama murung... dan macam-macam testimonial yang dikarang sesuka hati, you know macam yang aku bincangkan kat entry "Testimoni=Kelentong". Dan korang semua jugak boleh baca sendiri hani85 promote produk daripada Musytari ni, di forum carigold. Minahnya walaupun baru belajar pakai pad, dia memang mahir pasal "skim piramid berproduk" ni, hebat ya amat, tahap gaban. Bunyi promosinya mengalahkan pakar perubatan dan pakar dietetik beb.

Kata hani85 di forum carigold: "u are rite odie. eXfuze sgt bagus untuk sesiapa yang menghidapi penyakit2 kronik yang kebiasaannya masih tidak sembuh walaupun sudah menjalani rawatan di hospital. ada beberapa live testimoni yang boleh disaksikan sendiri oleh tuan2 semua dalam business presentation kami setiap isnin, selasa dan ahad. terdapat beberapa kes seperti kanser, strok, darah tinggi dan seumpamanya telah berjaya dirawat apabila pesakit menggunakan eXfuze. semua testimoni ini ialah dari keluarga teman2 kami sendiri yang terkejut dgn apa yang telah berjaya dilakukan eXfuze untuk membantu org2 yg mereka syg. dan teman2 kami ini akhirnya berdedikasi untuk berkongsi produk yang hebat ini untuk sesiapa di luar sana, kerana kami tahu tidak semua mampu menanggung kos perubatan yang sgt tinggi.
tidak gembirakah tuan2 kalau tuan2 mampu menolong kawan2/keluarga sendiri dan dalam masa yang sama menjana pendapatan yang lumayan?
killing two birds with one stone. it sounds really appealing, yeah?"

Yeah, yeah, yeah... really appealing, sampai rasa nak muntah dan terasa nak terjun gaung sekaligus, baca ko punya statement yang amatur dan kelentong 1st class... tuan/puan, cepat beli mende alah ni, aku ni ha tolong promote sekali kat sini. Boleh kasi sembuh kanser, stroke, darah tinggi dan seumpamanya... woohoohoo! Wadefakingcrappypsycho! Gila babat bersepai macam ECPbersepai jugak ni. Tapi yang mala'un ni takde Phd atau MD - hafal skrip eXfuze bulat-bulat trangtangtang!

Korang boleh tengok carta plan pemasaran eXfuze kat bawah ni. Keuntungan reseller aje dah 40% untuk setiap botol. Lepas tu taja sorang downline, dengan paksaan (kalau tak berambus ko!) belian starter pak 1 (dapat 4 botol jus keramat) dengan harga RM700, dapat komisen RM56 satu kepala. Lepas tu kalau downline tu jual satu starter pak kat downline dia pulak, ko pun dapat lagi RM28, lepas tu ada komisen binary 10% bang, kak.... dan lagi dan lagi... sampai 7 cara komisen meh. Gila-gila punya kaya dengan sumber komisen kiri-kanan-atas-bawah. Tak silap aku (aku malas nak kira sebijik-sebijik), sampai 60% daripada harga sebotol jus ni, hanya untuk bayar komisen lepas satu level ke satu level. Itu belum lagik keuntungan syarikat induk eXfuze yang hantar Pedro Gonzalez pegi petik buah Acai Berry kat hutan Amazon tu, belum kira kuli eXfuze si Sepol yang panjat pokok manggis kat Segamat, dan pastu bawak berkontena ke US.... dan 5 buah lain tu semua daripada serata dunia. Korang follow aku tak neh?

Sekarang, berapa harga sebotol eXfuze sebenarnya, kalau dia orang letak jus keramat ni kat Tesco? Bila mana produknya takde nak bayar 60% pada hieraki MLM dia orang ni, dan takde nak bayar kat Rick Cotton (CEO) untuk dia beli yacht dengan harga 21 juta USD, takde nak bayar royalti sponsor kat Seth Joyner, Terry Borcheller, Nat Moore, John Fox, Fred Funk... dll (nak sponsor athlete mahal woi!)? Biar betik korang yang promote mende ni? Senang sungguh ke nak kena kelentong oleh alkafirun omputeh ni semua? Ingat eXfuze tadi ambik 5% untung aje ke? Campur 60%, jadi 65% untung... kira fair la gitu? Safe bet, omputeh tu mesti ambik ambik untung lagi 30%, maybe? Yacht tu mahal dik, dan nak sponsor olahragawan terkenal pun mahal wei! Jadi harga sebenar sebotol jus cikai tu hanyalah RM19.25? Woi hani95... matematik SPM dapat berapa? G?